Resepi Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik
Kuih Bom Bijan rangup di luar, kenyal lembut di dalam, kekal bulat cantik lepas goreng. Doh guna tepung pulut sahaja dibancuh air panas, inti kacang merah pun padu.

Bahan-bahan
Bahan
- 2 cawan / 240g tepung pulut
- 1/2 sk garam
- 1 cawan / 237ml air
- 1/3 cawan / 70g gula
- 2 sk minyak masak
- Inti kacang merah
- Bijan
Cara Buat Kuih Bom Bijan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 8 biji
- Kalori
- 305 kcal
- Protein
- 3.5 g
- Karbohidrat
- 44.5 g
- Lemak
- 12.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 16 g
- Natrium:
- 160 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Inti kacang merah tidak disukat; 150 g pes kacang merah manis dianggar untuk 8 biji.
- Bijan salutan dianggar 30 g.
- Kuih bom digoreng; serapan minyak 10% dianggar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cawan / 240g tepung pulut bersamaan berapa cawan?
- ± 1 ½ cawan (cawan US 240ml).
- 1/2 sk garam bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jangan kurangkan gula untuk elakkan kuih tak menjadi dan senang pecah.
- Tambah sedikit lagi tepung kalau doh masih lembik, tapi jangan terlalu banyak takut nanti doh keras dan boleh meletup bila goreng.
- Tip untuk inti kacang merah melekat pada doh, bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan celup inti sebelum balut dengan doh.
- Boleh ganti inti kacang merah dengan inti kelapa atau inti kacang hijau.
- Kalau masa bentukkan kuih doh melekat pada tangan, boleh sapu tangan dengan tepung.
- Masa awal-awal goreng, minyak jangan terlalu panas takut kuih meletup.
- Kerap kacau dan alih supaya kuih masak sekata.
- Bila kuih mula terapung, boleh kuatkan api dan masak sampai kuih keperangan.
- Bila kuih mula terapung, boleh tekan-tekan kuih kebawah supaya kuih bulat terbentuk.
Video
Pengenalan
Jom kita tengok Che Nom buat Kuih Bom Bijan pula kali ni. Biasa kita tengok resepi yang dibuat ialah tepung pulut perlu dicampur bersama dengan tepung gandum, dan kemudian digaul air biasa, tapi resepi kali ini agak berbeza sikit. Hanya perlu gunakan satu jenis tepung iaitu tepung pulut dan dibancuh dengan air panas. Hasilnya tekstur doh tu lebih kenyal dan mudah mengembang bila goreng. Kita akan dapat kuih bom bijan yang rangup di luar dan kenyal lembut aja. Tidak perlu tambah ubi kentang ataupun keledek.
Bila sudah lepas menggoreng, kuih akan kekal jadi bulat sekata serta tidak mudah kempis. Resepi asal dari Youtube channel Magic Ingredients. Bahan-sangat lah mudah, tetapi kita perlu beri lebih perhatian kepada Teknik pembuatannya. Selamat mencuba.
Kepada yang nak cuba buat sendiri inti kacang merah boleh rujuk resepi Pau Kacang Merah.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









