ResepiCheNom
Resepi Nasi Minyak Dan Daging Masak Hitam

Resepi Nasi Minyak Dan Daging Masak Hitam

Prep 30 minMasak 2 jam 45 minJumlah 3 jam 15 minHidangan 10 orang

Daging Masak Hitam rasa sebiji macam kenduri. Makan pulak dengan nasi minyak yang lembut berderai. Kalau takde jemputan kita masak sendiri je. Cara buat jelatah pon ada dalam resepi ni.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Daging Masak Hitam

  • 1 kg daging1 kg daging
  • 10-15 tangkai cili kering (kisar halus)10-15 tangkai cili kering (kisar halus)
  • 1/2 sb serbuk jintan manis1/2 sb serbuk jintan manis
  • 1/2 sb serbuk jintan putih1/2 sb serbuk jintan putih
  • 1 sb serbuk ketumbar1 sb serbuk ketumbar
  • 1/2 cwn kicap pekat manis1/2 cwn kicap pekat manis
  • 1/4 cwn kicap pekat karamel1/4 cwn kicap pekat karamel
  • 1 cwn minyak masak1 cwn minyak masak
  • Rempah 4 sekawanRempah 4 sekawan
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • 1-2 batang serai1-2 batang serai
  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 3 sk pes bawang putih3 sk pes bawang putih
  • 2 sk pes halia2 sk pes halia
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1/2 cwn kismis (kisar halus)1/2 cwn kismis (kisar halus)
  • 1/2 cwn F&N Krimer Sejat1/2 cwn F&N Krimer Sejat
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa

Bahan Nasi Minyak

  • 4 cwn beras basmathi4 cwn beras basmathi
  • 4 1/2 cwn air4 1/2 cwn air
  • 1 1/2 cwn F&N Krimer Sejat1 1/2 cwn F&N Krimer Sejat
  • 4 sb minyak sapi4 sb minyak sapi
  • 1/4 cwn minyak masak1/4 cwn minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • 2 sk pes bawang putih2 sk pes bawang putih
  • 2 sk pes halia2 sk pes halia
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • Rempah 4 sekawanRempah 4 sekawan
  • 1/2 cwn kismis1/2 cwn kismis
  • 1/2 sk pewarna kuning1/2 sk pewarna kuning
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1/2 sb gula (pilihan)1/2 sb gula (pilihan)

Bahan Jelatah

  • 2-3 sb gula2-3 sb gula
  • 2 sb garam2 sb garam
  • Sedikit nenasSedikit nenas
  • 1 biji timun1 biji timun
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah1 biji cili merah
  • 2-3 sb cuka makan2-3 sb cuka makan

Cara Buat Nasi Minyak Dan Daging Masak Hitam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Daging Masak Hitam

  1. 1
    Kisar halus halia dan bawang putih (kisar berasingan sebab kita akan guna jugak untuk masak nasi).
  2. 2
    Kisar halus sebiji bawang besar.
  3. 3
    Hiris nipis tomato dan sebiji bawang besar (untuk tumisan).
  4. 4
    Potong daging anggaran 1/2 cm.
  5. 5
    Gaul daging dengan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, kicap pekat manis dan kicap pekat caramel. Perap minimum 1/2 jam.
  6. 6
    Panaskan minyak, tumis daun pandan, serai rempah 4 sekawan dan hirisan bawang besar. Tumis sampai bawang layu.
  7. 7
    Masukkan pes bawang putih dan pes halia, kacau anggaran 5 minit.
  8. 8
    Kemudian tuang masuk bawang besar kisar dan masak sampai kekuningan.
  9. 9
    Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
  10. 10
    Masukkan hirisan tomato dan daging perap.
  11. 11
    Tambah air kemudian masak atas api sederhana anggaran 1 jam atau sampai daging masak empuk.
  12. 12
    Masukkan kismis yang dikisar halus, F&N Krimer Sejat dan garam secukup rasa.

Nasi Minyak

  1. 1
    Rendam beras anggaran 15-30 minit.
  2. 2
    Hiris nipis bawang besar.
  3. 3
    Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumis daun pandan, rempah 4 sekawan dan hirisan bawang besar. Tumis sampai bawang layu.
  4. 4
    Masukkan pes bawang putih dan pes halia, tumis sampai kekuningan.
  5. 5
    Masukkan kismis hitam dan beras basmathi. Goreng anggaran 3-4 minit.
  6. 6
    Masukkan air, F&N Krimer Sejat, garam dan sedikit pewarna kuning.
  7. 7
    Pindah masuk dalam rice cooker dan masak macam biasa.

Jelatah

  1. 1
    Hiris nenas, timun, bawang besar, dan cili merah.
  2. 2
    Gaul semua dengan gula, garam dan cuka makan (kalau alergik boleh ganti dengan jus lemon atau jus limau).
  3. 3
    Simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk dapat nasi minyak yang sedap kita kena tumis pes halia dan pes bawang putih sampai kekuningan dan hilang bau mentah bawang putih dan halia.
  • Daging hitam kalau dah masak 1 jam tapi tak lembut lagi, boleh tambah air dan sambung reneh sampai lembut.
Video
Pengenalan

Ada yang teringin nak makan nasi kenduri tak. Kalau takde jemputan kita masak je sendiri. Jom tengok cara penyediaan Nasi Minyak dan Daging Masak Hitam ala kenduri. All time menu favourite family Che Nom dari dulu sampai sekarang. Mesti bertambah-tambah nasik makan.

Dulu pernah makan Daging Masak Hitam dekat 1 kenduri ni sedap sangat, dan tengok anak-anak punya berselera makan. Jadi Che Nom pon nak buat Daging Masak Hitam yang sedap, sama macam kenduri untuk family Che Nom.

Ni lah hasil resepinya yang bagi Che Nom cukup perfect, kuah nya pekat dan tak terlalu kuat rasa rempah. Makan pula dengan nasi minyak yang lembut berderai, kombinasi menu yang cukup padu. Semua ni Che Nom masak menggunakan F&N Krimer Sejat. Cara buat jelatah pon ada. Satu rumah dah bau macam kenduri ha.

Diterbitkan pada 29 Oktober 202415.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru