
Set menu ala kenduri dengan dalca tulang berkuah pekat, nasi minyak berderai dan acar timun masam manis yang menyegarkan.

Nasi minyak beraroma, dihidang bersama jelatah segar—sesuai dimakan dengan apa sahaja lauk kegemaran.

Daging Masak Hitam rasa sebiji macam kenduri. Makan pulak dengan nasi minyak yang lembut berderai. Kalau takde jemputan kita masak sendiri je. Cara buat jelatah pon ada dalam resepi ni.

Nasi lemak lembut, ringan dan berderai guna beras Basmathi Pusa Cream Jasmine, sedap dan lebih sihat. Lagi padu bila digandingkan dengan rendang ayam versi mudah.

Nasi hujan panas lembut, fluffy dan berderai, lengkap rasa macam kenduri. Che Nom kongsi tips sukatan air serta cara masak guna periuk nasi atau pressure cooker.

Nasi minyak style kenduri yang lembut, fluffy dan berderai sebiji-sebiji. Ikut langkah tumis, rendam beras dan nisbah air yang tepat, memang jadi macam nasi minyak kenduri.

Nasi briyani ayam istimewa Raya, ayam berkuah pekat berempah dan harum. Nasi basmathi dimasak cara baru lebih berperisa, siap sekali dengan acar mentah.

Resepi Nasi Arab Mandy Ayam versi mudah dengan rempah mandy homemade, stok rebusan wangi, nasi basmathi berderai, ayam bakar berjus.