Nasi Minyak Kenduri

Nasi Minyak Kenduri

Jom kita tengok cara penyediaan nasi minyak style kenduri yang gerenti jadi. Hasil nasi minyak dari resepi dan cara ini sangat lembut dan fluffy, memang sebiji-sebiji berderai jadinya.

Dari segi rasa pula, seakan sama seperti nasi minyak kenduri. Sebelum ini Che Nom dah pernah share resepi Ayam Masak Merah versi baru (versi 2.0), dan seperti yang dijanjikan kali ni resepi nasi minyak lah pulak.

Dimulai dengan proses sediakan bahan tumis, kemudian proses rendam beras dan kepada penerangan nisbah sukatan beras & air (ini ramai yang masih keliru). Cara masakan ni memang ikut cara yang biasa Che Nom buat. Hasilnya Insyallah tak menghampakan.

Nasi Minyak ni kalau dipadankan dengan Acar Rampai memang mantap, sesuai sangat untuk hidangan majlis-majlis tertentu seperti kenduri kahwin dan sebagainya.

Kongsi:
Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 25 September 2022204.9K paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 3 cwn beras basmathi
  • 3 1/2 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 3 sb minyak sapi
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 helai daun pandan
  • Rempah 4 sekawan
  • 1/4 cwn kismis
  • 1 sk gula
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning/oren
  • Bawang goreng
  • Gajus
  • Daun ketumbar

  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara Memasak

  1. 1
    Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
  2. 2
    Daun pandan carik dan simpul.
  3. 3
    Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih
  4. 4
    Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
  5. 5
    Panaskan minyak sapi dan minyak masak
  6. 6
    Tumis rempah 4 sekawan.
  7. 7
    Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
  8. 8
    Masukkan kismis dan kacau sekejap.
  9. 9
    Masukkan beras dan goreng sekejap.
  10. 10
    Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
  11. 11
    Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
  12. 12
    Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit.
  13. 13
    Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
  14. 14
    Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
  15. 15
    Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.
Petua & Panduan
  • Gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair.
  • Untuk dapatkan nasi yang tak melekat dan sebiji-sebiji berderai, Che Nom goreng dulu beras masa menumis, beras akan bersalut rata dengan minyak sebelum kita masukkan air.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Soalan: Tolong kirakan semua bahan-bahan untuk satu kilo beras

Umum
Jawapan:

Tentu, saya boleh bantu kirakan anggaran bahan untuk 1kg beras basmathi berdasarkan resipi Nasi Minyak Kenduri ini. Resipi asal menggunakan 3 cawan beras, jadi kita perlu gandakan bahan-bahan lebih kurang 1.75 kali ganda (kerana 1kg beras lebih kurang 5.25 cawan, bergantung pada jenis beras dan saiz cawan).

Berikut adalah anggaran kasarnya:

  • Beras basmathi: 1 kg
  • Air: Kira-kira 6 1/8 cawan
  • Susu cair: Kira-kira 1 3/4 cawan
  • Minyak sapi: Kira-kira 5 1/4 sudu besar (untuk menumis) + 1 3/4 sudu besar (untuk sapu atas nasi)
  • Minyak masak: Kira-kira 3 1/2 sudu besar
  • Bawang besar: 1 biji (saiz sederhana/besar)
  • Bawang putih: 5-6 ulas
  • Bawang merah: 3-4 biji
  • Halia: Kira-kira 3 1/2 inci
  • Daun pandan: 2 helai
  • Rempah 4 sekawan: Gandakan sedikit (cth: 2 bunga lawang, 7 buah pelaga, 7 bunga cengkih, 1-2 batang kayu manis)
  • Kismis: Kira-kira scant 1/2 cawan
  • Gula: Kira-kira 1 3/4 sudu kecil
  • Garam, Pewarna, Bawang goreng, Gajus, Daun ketumbar: Secukup rasa/hiasan

Ingat ya, ini hanyalah anggaran. Anda mungkin perlu sesuaikan sedikit kuantiti air atau susu cair bergantung pada jenis beras dan periuk yang digunakan. Selamat memasak!

Soalan: trick nasi tak kering sangat bila da masak

Umum
Jawapan:

Tentu, untuk memastikan nasi minyak anda tidak terlalu kering bila sudah masak, ada beberapa petua dari resipi ini yang boleh anda ikuti:

  1. Rendam Beras: Pastikan anda merendam beras basmathi kurang dari 30 minit seperti yang disarankan dalam resipi. Ini membantu beras menyerap air dengan lebih baik dan masak dengan sekata.
  2. Sukatan Cecair yang Tepat: Ikut sukatan air (3 1/2 cawan) dan susu cair (1 cawan) untuk 3 cawan beras. Resipi ini telah dirancang untuk sukatan tersebut. Jika anda dapati nasi masih kering, sedikit penambahan cecair mungkin diperlukan pada masa akan datang, bergantung pada jenis beras yang anda guna.
  3. Penggunaan Minyak Sapi: Resipi ini menggunakan minyak sapi semasa menumis dan juga menyapu 1 sudu besar minyak sapi di atas nasi selepas masak. Lemak ini penting untuk melembapkan nasi dan menambah aroma.
  4. Masa Rehat Selepas Masak: Selepas nasi masak dan pewarna dititiskan, biarkan ia selama 10 minit. Langkah ini membolehkan nasi mengewap dengan sempurna dan menjadi lebih gebu serta lembap.

Semoga nasi minyak anda menjadi elok dan tidak kering!

Tiramisu Klasik Mascarpone Cheese

Resipi Premium Eksklusif

Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru

Artikel Terbaru