Resepi Nasi Goreng Tom Yam
Nasi goreng tom yam yang padu, masam pedas beraroma macam kedai Thai. Che Nom guna seafood, tapi boleh je tukar ayam atau daging ikut selera.

Bahan-bahan
Cara Buat Nasi Goreng Tom Yam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Nasi Goreng Tom Yam
- 1Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
- 2Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
- 3Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- 4Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 685 kcal
- Protein
- 26 g
- Karbohidrat
- 61 g
- Lemak
- 33 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 1570 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Minyak menggoreng nasi tidak disenaraikan; dianggar 4 sudu besar.
- Telur mata dan keropok hiasan dianggar 1 biji dan ~15 g setiap hidangan.
- Udang 8 ekor bercangkerang memberi ~100 g isi.
- Pes tom yam dan sos ikan menyumbang kebanyakan natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Nasi Goreng Tomyam, yang sungguh sedap. Kalau dah pandai masak ni, tak perlulah lagi ke kedai Thai kalau nak makan :)
Salah satu menu kegemaran Che Nom, cubalah sebab tak susah nak membuatnya. Dalam resipi ni Che Nom gunakan seafood. Anda boleh campur ayam atau daging jika suka.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









