ResepiCheNom
Nasi Goreng Kerabu Restoran Thai

Resepi Nasi Goreng Kerabu Restoran Thai

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 min

Nasi Goreng Kerabu ala restoran Thai yang ringkas tapi padu, pedas dan wangi herba segar. Wajib ada bunga kantan, daun kesum dan serai untuk rasa paling ngam.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Tumbuk Halus

  • 2 biji bawang merah2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 5-8 tangkai cili padi5-8 tangkai cili padi
  • 1/2 cawan ikan bilis1/2 cawan ikan bilis

Bahan Untuk Lain-Lain

  • Sedikit minyak masakSedikit minyak masak
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 1 ketul isi ayam1 ketul isi ayam
  • 1/2 kiub pati ikan bilis1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 6-10 ekor udang6-10 ekor udang
  • 3 cawan nasi3 cawan nasi
  • Sayur kacang panjangSayur kacang panjang
  • Sedikit kicap cairSedikit kicap cair
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Daun kesumDaun kesum
  • 1/2 - 1 kuntum bunga kantan1/2 - 1 kuntum bunga kantan

Cara Buat Nasi Goreng Kerabu

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Bahan Tumis

  1. 1
    Hiris kasar bawang putih dan bawang merah. cili padi buang tangkai sahaja.
  2. 2
    Masuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis kemudian tumbuk halus.
  3. 3
    Masukkan cili padi dan tumbuk kasar

Untuk Nasi Goreng

  1. 1
    Potong kacang panjang,bunga kantan, serai, daun kesum dan isi ayam.
  2. 2
    Pecahkan telur dan masukkan telur dan kacau telur sampai hancur kasar. Bila garing boleh angkat dan ketepikan.
  3. 3
    Panaskan baki minyak, masukkan bahan tumbuk kasar dan tumis sampai masak garing.
  4. 4
    Masukkan isi ayam, kiub ikan bilis, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, hirisan serai, udang, dan nasi sejuk.
  5. 5
    Bila nasi dah masak seroi/ peroi masukkan kacang Panjang dan telur goreng.
  6. 6
    Masukkan hirisan daun kesum, bunga kantan, dan kicap cair (pilihan)
  7. 7
    Hidangkan dan tabur daun kesum dan bunga kantan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Selepas masukkan telur goreng, goreng dengan api besar untuk rasa char.
Video
Pengenalan

Untuk resepi kali ini, Che Nom nak sediakan menu goreng-goreng yang ringkas tapi sedap, iaitu Nasi Goreng Kerabu yang pedas, dan wangi sangat dari hasil ramuan herba segar yg kita masukkan.

Bagi Che Nom perlu ada 3 bahan wajib ada kalau nak masak Nasi Goreng Kerabu yang sedap iaitu bunga kantan dan daun kesum yang biasa kita guna untuk masak asam pedas ataupun laksa, dan juga serai, Kemudian baru boleh olah dengan tambah bahan-bahan lain.

Diterbitkan pada 29 Disember 202120K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru