
Nasi Goreng Kampung
Menu kali ini, Nasi goreng kampung. Untuk dapatkan nasi goreng kampung yang berderai dan garing, kita perlu guna nasik sejuk (nasi semalam) dan goreng dengan bahan tumisan seperti ikan bilis, bawang, cili padi, belacan bakar.
Che Nom tambah pula satu ramuan special iaitu sambal belacan. Mantap sangat lah hasil nasi goreng kampung ni. Dengan rasa yang pedas, rasa ikan bilis, kerangupan sayur batang kangkong dan rasa wangi dari belacan, memang betul-betul cara kampung. Jom lah cuba.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 cawan nasi sejuk
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah kecil
- 6-8 tangkai cili padi
- 2 sb ikan bilis
- 1 ketul isi ayam
- 1 ikat kangkung
- 1 inci belacan
- 1 sk garam
- 2 biji telur
- 1-2 sb kicap manis
- 1-2 sb sambal belacan
- 1 cawan ikan bilis
- Timun
- Cili merah
- 1Daun kangkung, potong dan asingkan batang dan daun.
- 2Isi ayam buang lemak dan tulang kemudian potong kepada ketulan kecil.
- 3Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
- 4Potong kasar cili padi.
- 5Tumbuk halus ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan cili padi.
- 6Panaskan minyak dan goreng telur. Kacau biar hancur. Angkat dan ketepikan.
- 7Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- 8Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
- 9Masukkan belacan bakar dan isi ayam. Kacau sampai ayam separuh masak.
- 10Masukkan batang kangkung dan sambal belacan (lebihkan belacan dan cili padi kalau tak nak masuk sambal belacan).
- 11Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati.
- 12Masukkan garam, telur, daun kangkung, kicap pekat manis dan ikan bilis goreng (simpan sikit untuk taburan akhir). Kacau sebati
- 13Hidangkan bersama ikan bilis goreng, hirisan timun dan cili merah.
- •Nasi perlu simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum masak untuk dapatkan texture nasi goreng yang berderai dan garing.
- •Kalau tak nak masukkan sambal belacan, boleh lebihkan cili padi dan belacan bakar.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada





