Resepi Pes Nasi Goreng Kampung
Jom buat pes nasi goreng kampung homemade, siap awal-awal memang jimat masa bila teringin nak makan. Bila nak masak, tumis pes je dan olah ikut selera, confirm sedap dan bersih.

Bahan-bahan
Cara Buat Pes Nasi Goreng Kampung
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 1 orang
- Kalori
- 960 kcal
- Protein
- 39 g
- Karbohidrat
- 83 g
- Lemak
- 50 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 11 g
- Natrium:
- 1550 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Nilai ini untuk SATU pinggan nasi goreng kampung, bukan keseluruhan pes.
- Pes (1 cawan minyak, 120 g cili padi, ikan bilis) adalah sekali buat ~980 g; hanya 2 sudu besar dikira.
- Termasuk telur mata, keropok, ikan bilis goreng dan minyak menumis 1.5 sudu besar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Minyak bekas goreng ikan bilis, kita guna untuk goreng nasi, tu lah rahsia nak lebih sedap. Keluarkan sikit kalau banyak sangat minyak. Sebab pes tu pon dah berminyak.
- Resepi nasi goreng kampung ni untuk portion 1 orang makan, kalua nak masak untuk 2-3 orang makan, gnadakan saja bahan-bahan tadi.
- Pes boleh masuk dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk, tahan berbulan-bulan.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share idea masakan yang sangat lah membantu mudahkan kerja kita memasak di dapur, iaitu cara untuk masak pes nasi goreng homemade. Ada dua bahagian dalam video ni. Pertama, cara untuk sediakan bahan-bahan dan masak pes nasi goreng. Bahagian yang kedua pula, Che Nom akan kongsi cara untuk masak nasi goreng dengan menggunakan pes tersebut serta di olah supaya lebih menarik dan cukup berselera hasilnya.
Kelebihan kalau sediakan pes ni awal, nanti bila teringin nak makan, cepat aja untuk kita siapkan satu hidangan lengkap nasi goreng. Apabila masak di rumah, macam-macam kita boleh masukkan. Nak lebih sayur atau lebihkan protin, yang paling penting dijamin bersih dan sedap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap

Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Style Mamak dan Sos Hijau

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart









