Mushroom Sup Dan Garlic Bread

Kali ni Che Nom nak share resepi mushroom soup yang pekat berkrim untuk dimakan dengan garlic bread. Bahan asas mushroom sup ialah cendawan butang fresh yg dikisar tujuan untuk pekatkan sup dan sebahagian cendawan dipotong kasar untuk textur. Kuah nya berlemak dari susu dan butter, tak perlu guna cooking cream pon dah cukup sedap. Rasanya ala-ala mushroom soup restoran mahal. Roti pulak Che Nom bakar dengan sapuan garlic butter yang kita buat sendiri. Lebih murah, sedap dan puas hati. Sedap kalau kita cicah garlic bread ni dgn mushroom soup yang panas-panas lagi.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk mushroom sup:
    • 2-3 sb mentega
    • 1/2 biji bawang holland
    • 2 ulas bawang putih
    • 300g (2 pek) cendawan butang
    • 2 sb tepung gandum
    • 1/2 sk serbuk lada hitam
    • 3 cwn susu
    • 2 cwn air ATAU stok rebusan ayam
    • Kiub pati ayam
    • Garam secukup rasa
    • Daun parsley
  • Bahan-bahan untuk roti:
    • 1/3 ketul / 80g mentega
    • 2 ulas bawang putih
    • Sedikit garam (jika mentega tak bergaram)
    • 1 sb daun parsley cincang
    • ATAU 1 sk serbuk parsley kering

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk mushroom sup:
    1. Cincang halus daun parsley, simpan dalam bekas bertutup dan ketepikan (kalau tak ada parsley fresh, boleh ganti dengan herba kering seperti parsley kering, Italian herbs, oregano atau thyme.
    2. Potong dadu bawang holland.
    3. Bawang putih parut halus.
    4. Mentega potong dadu.
    5. Bilas cendawan dengan air dan kemudian cepat-cepat lap kering dengan kain.
    6. Bahagi cendawan kepada dua bahagian. Yang pertama potong kasar dan ketepikan.
    7. Baki cendawan potong kasar, masuk dalam food processor dan kisar halus tapi jangan halus sangat. (Che Nom kisar cendawan ni untuk pekatkan kuah dan bagi kuah extra creamy).
    8. Panaskan mentega dan masukkan bawang holland. Masak sampai bawang holland bertukar jernih dan lutsinar.
    9. Masukkan bawang putih dan masak sampai kekuningan.
    10. Tuang masuk cendawan kisar dan masak sampai air kering.
    11. Masukkan tepung gandum (untuk pekatkan kuah) dan kacau sekata.
    12. Masukkan air stok rebusan ayam (Che Nom ada buat stok ayam dengan air rebusan tulang ayam sebelum mula masak, kalau tak ada boleh ganti dengan air kosong).
    13. Masukkan susu. Che Nom tak guna cooking cream atau whipping cream sebab lebih mahal, tapi yang ni lebih creamy.
    14. Masuk kiub pati ayam (Che Nom masuk sikit saja sebab tadi dah masukkan air stok ayam, tapi kalau kalau yang guna air kosong boleh masukkan 1 ketul kiub pati ayam).
    15. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau sampai kuah pekat dan mendidih.
    16. Masukkan hirisan cendawan dan reneh sampai cendawan lembut.
    17. Tabur daun parsley dan tutup api.
  2. Cara-cara untuk roti:
    1. Potong mentega dan masuk dalam mangkuk.
    2. Parut halus bawang putih
    3. Masuk sikit daun parsley (kalau tak ada yang fresh boleh guna yang kering). Biarkan 10 minit atau sampai mentega lembut.
    4. Tambah sedikit garam (kalau guna mentega tak bergaram kalau yang bergaram tak perlu tambah garam).
    5. Tekan-tekan dan gaul sebati kesemua bahan.
    6. Belah 2 roti, Che Nom guna roti hotdog dan roti gardenia, nak lagi sedap boleh guna roti perancis (French loaf).
    7. Sapu roti dengan garlic butter spread tadi.
    8. Kemudian bakar roti atas pan grill (kalau nak bakar dalam oven pon boleh).
    9. Bila bahagian bawah dah garing boleh terbalikkan.
    10. Angkat roti dan sedia untuk dihidang bersama mushroom soup.

Tip:

  • Masa tumis bawang pastikan bawang tak hangit dan kawal api kalau tak sup akan pahit.
  • Reneh sup cendawan atas api sederhana, jangan kuat sangat.
  • Che Nom sarankan guna French loaf sebab lebih rangup roti tu.
  • Mula bakar roti dengan bahagian yang tak sapu mentega, agak-agak roti dah keras sikit baru terbalikkan roti bahagian yang sapu mentega, sebab bahagian sapu mentega lebih cepat hangit.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.