![Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom](/images/recipes/lamb_chop_.jpg)
Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom
Kali ni nak share resepi menu favourite Che Nom iaitu grill lamb dan dua side dish iaitu mashed potato serta sayur fresh yang dicelur dengan sempurna.
Resepi marinade lamb ni ada bahan penting untuk dapatkan isi grilled lamb yang lembut dan juicy (yang tak liat lah) dan mudah sangat nak ikut sebab gravy nya kita masak dengan satu bahan segera, kita mengelat lah sikit kali ni, jadi memang cepat lah siap.
Bahan pun semua yang mudah-mudah saja. Daging yang moist, yang dah serap rasa perapan, ada rasa burn sikit dari grill, makan pula dengan mashed potato dengan gravy yang pedas lemak, sayur pun masih lagi fresh dan crunchy, memang kombo terbaik. Wajib cuba tau.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1-1.5 kilo daging biri-biri
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat manis
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu kecil serbuk Allspice (boleh guna rosemary, thyme, Italian herbs)
- 1 ½ sudu besar serbuk lada hitam
- ½ sudu kecil garam
- 3 ulas bawang putih
- 2-3 sudu besar yoghurt
- 2 sudu besar minyak zaitun
- Sedikit gula
- Sedikit perahan jus lemon
- Secubit garam
- 3-4 ketul /600g kentang
- Susu penuh krim
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar mentega
- 1-2 sudu besar serbuk lada hitam
- ½ biji bawang holland
- 2 ulas bawang putih
- 1 tin sup krim cendawan
- 1 tin air
- ½-1 sudu besar kicap pekat manis
- Brokoli
- Kubis bunga
- Karot
- Daun salad
- 1Masukkan sos tiram, kicap manis, sos tomato, serbuk allspice, lada hitam, garam, parutan bawang putih, yoghurt, minyak zaitun dan sedikit gula.
- 2Tambah sedikit perahan jus lemon dan gaul sebati sos perapan.
- 3Sapu sos dan salut sekata pada daging biri-biri,
- 4Tutup dengan plastik dan perap daging semalaman atau sekurang-kurangnya 4-5 jam.
- 1Rebus kentang dengan air secukupnya dan sedikit garam sehingga masak lembut.
- 2Toskan air dan buang kulit kentang.
- 3Masukkan mentega kedalam kentang dan lenyek sehingga hancur.
- 4Tambah susu penuh krim sedikit demi sedikit dan sedikit garam.
- 5Sambung lenyek sehingga lembut dan hancur halus.
- 1Panaskan kuali, lalu tumiskan mentega dan bawang holland dadu. Tumis sehingga bawang lembut.
- 2Masukkan bawang putih cincang, serbuk lada hitam, sup krim cendawan dan air rebusan.
- 3Tambah kicap pekat manis dan sedikit lagi serbuk lada hitam. Gaul sehingga sos perang masak.
- 1Celur hirisan lobak merah, kubis bunga dan brokoli dalam air rebusan kentang.
- 2Angkat dan masukkan dalam air sejuk.
- 3Panaskan minyak zaitun dan panggang daging perap sehingga masak lembut.
- 4Setelah masak, hidangkan daging panggang bersama hiasan daun salad, sayur yang telah di celur, kentang putar serta sos perang.
- •Bahan penting yang membantu untuk proses melembutkan daging semasa perapan adalah yoghurt manakala bahan bagi mengelakkan daging tidak kering apabila dipanggang adalah minyak. Jika tiada minyak zaitun, boleh saja gunakan minyak masak yang lain.
- •Pastikan tempat panggang betul-betul panas sebelum mula untuk memanggang daging.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Daging Goreng Kunyit](/images/recipes/Daging_Goreng_Kunyit_FB.jpg)
Daging Goreng Kunyit
Daging Goreng Kunyit masakan yang mudah dan sesuai untuk orang bujang. Che Nom ada share satu tips cara restoran cina untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy.
![Nasi Minyak Dan Daging Masak Hitam](/images/recipes/da742e2e-81c9-4f7b-9019-87fc6b2cc09a-1736495519739.jpg)
Nasi Minyak Dan Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam rasa sebiji macam kenduri. Makan pulak dengan nasi minyak yang lembut berderai. Kalau takde jemputan kita masak sendiri je. Cara buat jelatah pon ada dalam resepi ni.
![Sup Tulang Thai](/images/recipes/Sup_Tulang_Thai.jpg)
Sup Tulang Thai
Hai semua, Assalamualaikum. Sempena Hari Raya Aidiladha, atau hari raya korban tahun ni, Che Nom nak share resepi Sup Tu...
![Daging Masak Kicap Dan Kentang](/images/recipes/Daging_Masak_Kicap_Web.jpg)
Daging Masak Kicap Dan Kentang
Kali ni Che Nom nak masak menu yang ringkas tapi cukup sedap menjilat jari kalau makan iaitu daging masak kicap berkent...
![Swedish Meatball Dan Brown Sauce](/images/recipes/Ikea_2.jpg)
Swedish Meatball Dan Brown Sauce
Di sini Che Nom akan tunjuk cara untuk hasilkan meatball homemade yang sedap dengan beberapa bahan perapan tertentu. Tek...
![Dendeng Daging](/images/recipes/Dendeng_Daging.jpg)
Dendeng Daging
Dendeng Daging cara orang dulu-dulu. Bahan tumis digoreng dulu sebelum dikisar. Daging direbus, dihiris, ditumbuk dan diperap sebelum dimasak. Hasilnya, dendeng tahan lama dan sedap!