Resepi Laksam Lembut, Kuah Berlemak Sedap
Cara penyediaan Laksam bermula daripada memproses ikan untuk kuah, menyediakan laksam yang lembut, membuat sambal lada, hinggalah kepada penyediaan ulam-ulaman. Laksam merupakan hidangan sihat yang lengkap dengan protein, karbohidrat dan fiber.

Bahan-bahan
Cara Buat Laksam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 725 kcal
- Protein
- 29 g
- Karbohidrat
- 82 g
- Lemak
- 29.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 1530 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Termasuk laksam (3 cawan tepung beras), kuah ikan kembung 1 kg (60% isi), sambal dan ulam.
- Santan dari 1.5 biji kelapa dianggar ~600 ml santan pekat.
- Ulam (timun, kobis, kacang panjang, taugeh, kesum) dianggar ~300 g.
- Garam keseluruhan dianggar 3 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Selepas tuang masuk santan, kerap kacau sebab kita tak nak santan berketul.
- Tepung beras Che Nom guna Cap Teratai, nak guna cap lain pon takpe, insyallah jadi.
- Pastikan adunan tak pekat sangat, cair-cair sikit, boleh test kukus dulu sekali, kalau tak lembut tambah lagi air.
- Laksam jangan tebal sangat, nanti susah pulak nak gulung.
Video
Pengenalan
Siapa peminat laksam tapi tak pernah cuba masak. Jom tengok Che Nom tunjukkan step by step bermula dari cara memproses ikan dan memasak kuah laksam yang cukup sedap berlemak. Kemudian cara penyediaan laksam yang lembut dan mudah digulung, lepas tu kita buat sambal lada yang pedas masam dan juga penyediaan ulam-ulaman sebagai pelengkap hidangan.
Semangkuk laksam cukup lengkap dengan protein, karbohidrat, dan fiber. Masak pun tak perlu tumis pakai minyak, memang hidangan yang sihat lah. Bukan sahaja orang pantai timur yang suka malah orang negeri lain pun pandai makan.
Menu-menu berkuah ni memang agak leceh nak buat, tapi kalau sekali masak untuk famili berbaloi hasilnya. Boleh makan berulang-ulang, jimat belanja.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









