ResepiCheNom
Thai Red Ruby

Resepi Thai Red Ruby

Prep 25 minMasak 35 minJumlah 1 jamHidangan 6 mangkuk

Thai Red Ruby dari sengkuang cina ni cantik berkilat, rangup di luar tapi lembut macam jelly. Lagi sedap bila makan dengan nangka manis dan kuah santan berlemak.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Thai Red Ruby

  • 300g sengkuang atau sengkuang cina300g sengkuang atau sengkuang cinalebih tepat dalam gram
  • Pewarna merahPewarna merah
  • 1 mangkuk tepung ubi1 mangkuk tepung ubi
  • Air untuk merebusAir untuk merebus

Bahan Untuk Sirap Santan

  • 2 cawan air2 cawan air480g
  • 1 kotak / 200ml santan1 kotak / 200ml santan
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • ¾ cawan gula¾ cawan gula150g
  • Sedikit garamSedikit garam

Bahan Lain

  • Buah NangkaBuah Nangka
  • Nata de cocoNata de coco
  • Kiub aisKiub ais

Cara Buat Thai Red Ruby

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Thai Red Ruby

  1. 1
    Gaul sengkuang yang dipotong dadu dengan pewarna merah.
  2. 2
    Tambah sedikit air lalu perapkan seketika.
  3. 3
    Gaul sekata sengkuang perap yang diperap tadi dengan tepung ubi.
  4. 4
    Panaskan air dan ayak lebihan tepung ubi sebelum direbus.
  5. 5
    Rebus sehingga merah pada sengkuang kelihatan hampir jernih dan sengkuang timbul naik di permukaan air, lalu angkat dan toskan.
  6. 6
    Rendam pula dalam air sejuk dan toskan.
  7. 7
    Kemudian, hidangkan red ruby (sengkuang) bersama sirap santan, kiub ais, nata de coco, isi kelapa dan hirisan nangka.

Untuk Sirap Santan

  1. 1
    Panaskan air dan masukkan santan, simpulan pandan, gula serta sedikit garam.
  2. 2
    Kacau dengan kerap diatas api yang perlahan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan air bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 480g (cawan US 240ml).
¾ cawan gula bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Toskan sedikit sengkuang yang digaul pewarna sebelum gaul dengan tepung ubi. Tujuan untuk elak semgkuang melekat satu sama lain jika terdapat air yg bertakung
  • Santan perlu dimasak api perlahan dan kerap kacau untuk elak dari berketul.
Video
Pengenalan

Dessert Thai Red Ruby yang dibuat dari sengkuang cina.

Red ruby ni sangat cantik hasilnya, rangup dan rasa lembut jelly tu.

Makan pula dengan hirisan isi Nangka yang manis dengan kuah santan dan lain-lain lagi lah.

Diterbitkan pada 20 Jun 202216.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru