Kuih Peneram Rangup Luar Lembut Dalam

Kali ni Che Nom buat kuih yang biasa kita panggil Peneram atau kuih denderam. Kalau pergi pasar malam memang Che Nom mesti beli punya. Makan panas-panas waktu masih rangup lagi tu sedap betul.

Mesti ramai takut nak cuba buat kuih ni kan? Che Nom pun takut juga. Alhamdulillah pertama kali cuba dah menjadi, tapi tak lah perfect. Kena cuba banyak kali batu kita tau peel dia tu macam mana. Resepi mudah yang amat, cuma 3 bahan. Tapi cara membuat doh dan cara goreng nya tu pun sangat penting.

Che Nom akan kongsi segala tips sesuai untuk BBNU, hasil pengalaman sendiri semasa cuba beberapa minggu yang lepas. Hasilnya, kuih rangup di luar dan lembut di dalam. Makan panas-panas memang rangup. Bila dah sejuk jadi lembut tapi masih ada rangup nya tu.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 250g tepung beras
    • 200g serbuk gula merah Thai
    • 170ml / 2/3 cawan air
    • 1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kuih peneram:
    1. Masuk gula merah dan air dalam periuk. Bukak api perlahan dan kacau sampai gula larut. Boleh koyak masuk daun pandan jika suka.
    2. Bila dah start mendidih, kuatkan sikit api dan kacau anggaran 15-20 saat dan kemudian tutup api.
    3. Masuk tepung beras dalam mangkuk besar kemudian tuang masuk air gula merah (sambil tapis) dan gaul sebati (masuk sedikit demi sedikit).
    4. Kacau sampai adunan jadi pes yang pekat bertali. Boleh tambah air panas kalau adunan masih keras.
    5. Rehatkan doh sampai suam sikit dan sambung uli dengan tangan.
    6. Tutup dan perap adunan minimum 6 jam dalam suhu bilik.
    7. Uli sikit doh sampai lembut balik. Kalau merekah boleh tambah sikit air panas.
    8. Canai sampai leper.
    9. Terap adunan dengan acuan berbentuk bulat, lebar anggaran 3 inci atau 3 jari (Che Nom guna acuan tart & acuan lompang).
    10. Lubang di tengah boleh cucuk dengan chopstick.
    11. Satu lagi cara, boleh uli doh sebesar guli dan tekan dengan tangan.
    12. Panaskan minyak dan goreng kuih peneram.
    13. Bila dah perang alih dan kemudian cepat-cepat angkat.
    14. .

Tip:

  • Boleh guna gula merah gelap (timbang kedai) tapi Che Nom lagi suka gula merah Thai (Jaggery powder) cap star. Takut yang timbang berbeza rasa dan kualiti.
  • Tepung beras Che Nom guna Cap Teratai, yang ni ada campuran tepung jagung. Kalau nak pure boleh guna tepung beras Cap Tiga Gajah Thai.
  • Jaga-jaga bila masak air gula, gula senang hangus dekat bahagian tepi -tepi periuk.
  • Salut tangan dengan minyak sebelum nak uli untuk mengelak doh melekat dekat tanggan.
  • Tuang minyak yang banyak (di tempat untuk uli) sebelum mula menguli. Boleh jugak alas dengan plastic atau gula roller plastic.
  • Seeloknya canai doh atas plastik, nanti nak angkat goreng senang.
  • Minyak untuk goreng kena banyak dan kuih tenggelam, kalau sikit nanti kuih cepat hangus.
  • Pastikan minyak betul-betul panas sebelum goreng.
  • Jangan goreng terlalu lama. Kalau goreng sampai gelap nanti kuih akan mengeras bila sejuk. Masa angkat memang nampak macam lembik tapi tapi bila dah sejuk, boleh buat baling dinding.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.