Resepi Cucur Jawa
Cucur Jawa ni guna bahan asas je, tapi teknik bancuh dan goreng kena betul baru jadi topi cantik. Tepi rangup manis, tengah lembut kenyal dan bersarang elok.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Cucur Jawa
- 1 cwn / 130g tepung gandum
- 1 cwn /115g tepung beras
- 1/2 cwn /80g serbuk gula merah
- 1/2 cwn /100g gula pasir
- 1 cwn /237ml air
- 1-2 helai daun pandan
- 1/2 sk garam
- Tambahan air, jika perlu
Cara Buat Cucur Jawa
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 190 kcal
- Protein
- 1.5 g
- Karbohidrat
- 31 g
- Lemak
- 7 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 15 g
- Natrium:
- 100 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua sukatan gram digunakan terus; 12 keping seperti dinyatakan.
- Minyak menggoreng dikira 12% serapan pada ~665 g adunan.
- Gula merah 80 g + gula pasir 100 g menyumbang hampir semua gula.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Pastikan minyak panas sebelum goreng.
- Untuk tepung beras Che Nom guna Cap Teratai.
- Untuk tepung gandum Che Nom guna Cap Sauh dan Cap Ros.
- Kalau guna gula melaka, lebihkan gula melaka dari gula putih kalau tak nanti warna akan pucat dan tak gelap sangat.
- Kalau kurangkan gula, bahagian tepi cucur tu akan jadi tak garing dan liat-liat.
- Simpan adunan dalam peti sejuk kalau nak perap semalaman.
- Gunakan kuali melengkung atau kuali klasik lagi baguas. Kalau kuali flat nanti cucur tak menjadi.
- Bila dah masak, tolak cucur ketepi kuali untuk sejat turun lebihan minyak jadi kuih tak makan minyak.
- Untuk hasil yang sama besar pastikan guna senduk / bekas yang sama untuk tuang masuk adunan masa goreng cucur.
Video
Pengenalan
Untuk resepi kali ini, Che Nom nak tunjuk cara untuk buat sejenis kuih iaitu Cucur Jawa. Bagaimana boleh dapat nama cucur jawa, Che Nom pun kurang pasti. Mungkin ada yg tau asal usulnya boleh lah kongsi.
Ada sesetengah tempat atau negara panggil kuih topi dan kuih penyaram. Mudah sangat bahan-bahan asas nya iaitu dua jenis gula, dua jenis tepung, dan air, tapi cara nak buatnya tu bermula dari cara bancuhan sampailah ke cara menggorang yang boleh buat bagi jadi atau tak jadi topi nya.
Bagi Che Nom cucur jawa yang sedap, bahagian tepi tu mesti rangup-rangup manis rasanya, dan bahagian tengah terasa keyal tapi masih lembut serta bersarang/berongga cantik di dalamnya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









