Resepi Kaswi Gula Merah
Kaswi gula merah versi klasik tapi dibentuk spiral, lembut kenyal gedik-gedik dan tak terlalu manis. Senang hidang tanpa potong, sesuai juga kalau nak buat jual.

Bahan-bahan
Cara Buat Kaswi Gula Merah
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 24 hidangan
- Kalori
- 105 kcal
- Protein
- 1 g
- Karbohidrat
- 24.5 g
- Lemak
- 0 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 12 g
- Natrium:
- 80 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 375 g tepung + 300 g gula dianggarkan 24 biji.
- Baris '2 cawan tepung gandum' berulang dalam senarai; dikira sekali sahaja.
- Tiada kelapa parut salutan dalam senarai bahan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cwn tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
- 1 cwn tepung ubi kayu bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 120g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Che Nom suka guna gula merah Thai jenama Star, takda habuk-habuk kasar atau pasir brand ni.
- Ikat tudung pengukus dengan kain nak elak wap air jatuh masa kukus.
- Nak senang tuang dalam acuan, tuang adunan dalam bekas kecil yang ada muncung.
- Kena rajin kacau adunan sebelum tuang dalam acuan sebab adunan ni senang mendap.
- Mula-mula masak, kuih akan naik sikit ke atas, tapi bila sejuk kuih akan turun balik.
- Sebelum keluarkan kuih dari acuan, lumur minyak pada tangan untuk elak melekat.
- Keluarkan kuih dari acuan dengan cara cungkil tepi kuih dengan bilah buluh atau sudu.
- Kalau nak jual kuih ni, boleh pek asing kelapa parut, baru tak comot.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi kaswi viral gedik-gedik versi gula merah. Versi klasik lah kiranya ni. Cuma bentuknya aja kita jadikan sbg spiral. Memang cukup menarik rupanya kalau dihidang. Tak payah susah-susah potong bila hidang. Nak makan pon senang. Yang susahnya nanti, tukang basuh acuan aja lah kan.
Versi gula merah mmg tak ada santan, sebab kita focus pada rasa manis gula merah tu yang menang dah cukup sedap. Hasilnya sangatlah lembut, kenyal, gedik-gedik dan tak terlalu manis. Boleh dibuat berniaga.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









