
Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
Kobis goreng ala mamak yang ringkas tapi padu, wangi biji sawi dan cepat siap. Sedap dimakan dengan nasi panas, boleh tambah kacang panjang ikut selera.
Bahan-bahan
Cara Buat Kobis Goreng
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
- 2Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
- 3Masukkan pula kobis dan kunyit. Masak kobis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 150 kcal
- Protein
- 2 g
- Karbohidrat
- 12 g
- Lemak
- 10.5 g
- Serat:
- 4 g
- Gula:
- 5 g
- Natrium:
- 590 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 1/2 biji kobis (~500 g) dianggar 4 hidangan lauk sayur.
- Minyak TIDAK disenaraikan walaupun perlu untuk menumis; 3 sudu besar diandaikan.
- Garam secukup rasa dianggar 1 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Pengenalan
Resepi Kobis Goreng Ala Mamak yang sangat mudah disediakan. Oleh kerana suka sangat makan sayur yang dimasak macam ni kat kedai mamak, Che Nom cuba masak sendiri dan hasilnya sangat sedap.
Bahan utama dalam menu ini ialah biji sawi yang boleh didapati di kedai runcit atau pasaraya biasa. Boleh campur dengan kobis atau hirisan kacang panjang jika suka.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)









