ResepiCheNom
Coleslaw ala KFC

Resepi Coleslaw Ala KFC

Prep 15 min

Coleslaw ala KFC ni rangup, berkrim dan sangat mudah dibuat, siap cepat untuk hidangan sampingan. Sejukkan dulu dalam peti ais, lagi sedap makan dengan ayam goreng.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1/4 bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar1/4 bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar
  • 4-5 sudu besar mayonis4-5 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar jus lemon2 sudu besar jus lemon
  • 1 batang lobak merah, parut kasar1 batang lobak merah, parut kasar
  • 1/4 cawan susu1/4 cawan susu
  • 1 sudu besar gula putih1 sudu besar gula putih
  • sedikit garamsedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitamsedikit serbuk lada hitam

Cara Buat Coleslaw

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Di dalam mangkuk, campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula dan susu. Kacau sebati.
  2. 2
    Kemudian masukkan kobis yang dicincang kasar dan juga parutan karot. Taburkan serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga semua bahan sekata. Jika coleslaw masih kering tambahkan sedikit mayonis. Tetapi jangan terlalu banyak kerana nanti coleslaw bila direhatkan akan mengeluarkan sedikit air dari sayuran.
  3. 3
    Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Coleslaw ala KFC, mudah dan sungguh cepat disediakan.

Kanak-kanak pun suka makan coleslaw, tambahan pula jika disejukkan dulu di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Keluarga saya suka makan coleslaw bersama ayam goreng ala KFC. Resepi ayam goreng ala KFC juga ada iResipi.com.

Diterbitkan pada 1 September 201474.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru