ResepiCheNom
Kaswi Pandan

Resepi Kaswi Pandan

Prep 40 minMasak 15 minJumlah 55 min

Jom buat Kaswi Pandan viral bentuk swirl comel, kenyal tapi lembut dan sedap. Guna gabungan tepung gandum & tepung ubi, senang keluar acuan dan tahan lama.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kuih Kaswi

  • 1 cwn /130g tepung gandum± 1 cawan + 1 sudu besar± 1 cawan(1 cwn /130g tepung gandum)
  • 1 cwn /115g tepung ubi± ¾ cawan + 3 sudu besar± ¾ cawan + 2 sudu besar(1 cwn /115g tepung ubi)
  • 3/4 cwn /150g gula± ¾ cawan± ½ cawan + 4 sudu besar(3/4 cwn /150g gula)
  • 5 helai daun pandan **5 helai daun pandan **
  • 2 cwn air **2 cwn air **480g
  • (Kisar dan tapis bahan **)(Kisar dan tapis bahan **)
  • 1/4 cwn /45g santan krim kotak (Che Nom guna jenama Kara)± 3 sudu besar± 3 sudu besar(1/4 cwn /45g santan krim kotak (Che Nom guna jenama Kara))
  • 1 sb air kapur1 sb air kapur9g
  • 1/4 sk garam1/4 sk garam2g

Bahan Untuk Kelapa Parut

  • 1/2 biji kelapa parut1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam3g

Cara Buat Kaswi Pandan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Kuih Kaswi

  1. 1
    Sapu nipis bahagian dalam acuan dengan minyak masak.
  2. 2
    Gunting daun pandan dan kemudian masuk pandan dan air dalam blender.
  3. 3
    Kisar halus dan kemudian tapis
  4. 4
    Larutkan pes kapur makan dengan sedikit air dan ketepikan.
  5. 5
    Masuk tepung gandum, tepung ubi, gula putih, garam, santan kotak, jus pandan, air kapur makan dan pewarna hijau dalam mangkuk.
  6. 6
    Kacau kesemua bahan sampai larut dan kemudian tapis.
  7. 7
    Panaskan kukusan sampai air mendidih, kemudian masukkan adunan dalam acuan.
  8. 8
    Kukus selama 15 minit dengan api besar.
  9. 9
    Bila dah masak, tutup api dan biar 5 minit dalam kukusan supaya permukaan kuih kaswi kering.

Kelapa Parut

  1. 1
    Gaul kelapa parut dengan garam.
  2. 2
    Kukus selama 10 minit.
  3. 3
    Keluarkan kuih kaswi dari acuan dan hias dengan kelapa parut.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cwn /130g tepung gandum bersamaan berapa cawan?
± 1 cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
1 cwn /115g tepung ubi bersamaan berapa cawan?
± ¾ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau nak kisar daun pandan dengan 1 cawan air pon boleh tapi masa bancuh adunan, tambah air putih 1 cawan atau santan cair 1 cawan.
  • Untuk dapat texture kuih kaswi yang kenyal, kita kena guna air bancuhan kapur makan.
  • Che Nom suka guna bekas kecil untuk senang tuang adunan dalam acuan, kalau guna jug besar takut mudah tumpah dan lagi satu kita tak boleh tuang dari jarak yang dekat.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Sebelum tuang adunan dalam acuan pastikan kerap kacau untuk elak mendapan.
  • Penutup kukusan boleh balut dengan kain untuk elak wap jatuh.
Video
Pengenalan

Kali ni jom tengok Che Nom nak sediakan kuih kaswi viral. Kenapa viral ntah la, sebab cantik kot bentuk swirl kecik-kecik ni. Kuih kaswi versi ni lebih kenyal dan kekal bentuknya, tapi tetap lembut dan sedap.

Kita gunakan 2 jenis tepung iaitu tepung gandum dan tepung ubi. Gabungan tepung tu buatkan kuih jadi kenyal dan lembut. Memang gedik-gedik jadinya. Senang aja nak keluarkan dari acuan. Kuih pon tahan lama tak mudah basi. Sesuai untuk dibuat tempahan berniaga. Resepi pon mudah aja.

Diterbitkan pada 10 Disember 202322.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru