Resepi Kuih Ketayap
Jom buat kuih ketayap versi Che Nom, kulit pandan lembut dengan inti kelapa berlemak manis. Inti boleh siap awal simpan peti sejuk, bila nak makan tinggal buat kulit saja.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuih Ketayap
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 20 biji
- Kalori
- 215 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 26.5 g
- Lemak
- 11 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 11.5 g
- Natrium:
- 120 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Inti kelapa (1 biji kelapa parut ~350 g) menyumbang lebih separuh lemak.
- Santan dikira 1 cawan santan kotak yang dicairkan menjadi 3 cawan.
- Minyak sapuan kuali dianggar 15 g untuk 20 keping.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cawan santan kotak (tambah air cukupkan 3 cwn) bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
- 1 cawan jus pandan bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Tujuan tambah minyak dalam adunan kulit ketayap adalah untuk kulit ketayap tahan lama lembutnya tu.
- Kalau nak bancuh adunan kulit ketayap dengan blender pon boleh yer.
- Untuk inti kelapa parut, Che Nom tak letak garam sebab gula merah thai dah cukup masin, tapi kalau gula merah semuanya letak la garam.
- Tujuan tambah tepung gandum dalam inti kelapa adalah untuk tak nak kelapa parut berderai sangat bila kita makan nanti.
- Kepanasan kuali memainkan peranan untuk hasil kulit kuih ketayap. Jadi pastikan kuali betul-betul panas sebelum masak kulit ketayap. Kalau tak panas sangat kulit akan jadi lincin dan flawless. Kalau betul-betul panas, bila kita tuang adunan, bunyi berdesir terus la dengar dan kulit akan jadi kedut-kedut dan berongga. Kulit berongga dan kasar la yang orang suka sebenarnya.
Video
Pengenalan
Jom tgk Che Nom sediakan antara kuih yang menjadi kegemaran ramai, iaitu kuih ketayap. Dulu Che Nom dah pernah share, tapi kali ni ada penambahbaikan sikit dari segi resepi dan juga kualiti video. Sesuai sangat kalau nak buat berniaga.
Kulit ketayap ni sangat lembut dan dimakan bersama inti kelapa yang berlemak manis. Ditambah pula dengan bau dari pandan asli, memang sedap sangat. Inti nya kita boleh sediakan awal dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan tingal buat kulitnya aja.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









