Resepi Kuih Seri Muka Permukaan Yang Licin
Che Nom kongsi resepi kuih seri muka yang gerenti permukaan licin dan rasa sedap. Teknik kukus versi mudah, senang ikut walau baru belajar.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuih Seri Muka
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 310 kcal
- Protein
- 4 g
- Karbohidrat
- 46.5 g
- Lemak
- 11 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 15 g
- Natrium:
- 340 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Beras pulut 400 g dikira ~350 kcal/100 g mentah.
- Santan pekat 375 ml dikira ~200 kcal/100 ml.
- Garam 1½ sudu kecil keseluruhan (pulut + custard) dibahagi rata.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cawan /400g beras pulut bersamaan berapa cawan?
- ± 2 cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
- 1 sudu besar gula bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 13g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Asingan santan cair yang diletak gula dan garam dirasa terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang sesuai dan elok.
- Jika menggunakan santan kotak, tambah sedikit minyak kedalam beras pulut yang telah dituang kedalam loyang sebelum dikukus.
- Jika beras pulut masih kelihatan mentah dan mempunyai biji-biji keras yang mentah, sambung kukus sehingga beras pulut masak sempurna.
- Ketika masak sekejap adunan lapisan atas diatas api yang perlahan, kerap mengacau adunan dan jangan tinggal. Adunan juga tidak perlu mendidih ya, cukup sekadar wap panas ketika memasak.
- Sesudah menuang adunan lapisan atas didalam loyang, pecahkan gelembung jika ada untuk mendapatkan permukaan yang licin.
- Tutup kuih semasa kukus bagi menggelakkan wap air masuk dan bertakung didalam kuih.
- Bagi mengelakkan potongan kuih yang tidak sekata dan tidak kemas akibat melekat, sapukan pisau dengan minyak terlebih dahulu.
Video
Pengenalan
Hi Semua, kali ini Che Nom nak share resepi Seri Muka yang gerenti dapat permukaan yang licin, dan rasa pun sedap.
Dalam video yang lepas, Che Nom dah tunjuk resepi dan cara masak style orang lama atau orang dulu-dulu. Nak dapat permukaan yang licin kena pandai control api pengukus dan agak susah nak master cara tu, tapi ada yg berjaya,
Kali ini Che Nom tunjuk cara yang senang nak dapatkan kuih seri muka yang elok saja rupanya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









