Kaswi Gula Merah

Kali ni Che Nom nak share resepi kaswi viral gedik-gedik versi gula merah. Versi klasik lah kiranya ni. Cuma bentuknya aja kita jadikan sbg spiral. Memang cukup menarik rupanya kalau dihidang. Tak payah susah-susah potong bila hidang. Nak makan pon senang. Yang susahnya nanti, tukang basuh acuan aja lah kan.

Versi gula merah mmg tak ada santan, sebab kita focus pada rasa manis gula merah tu yang menang dah cukup sedap. Hasilnya sangatlah lembut, kenyal, gedik-gedik dan tak terlalu manis. Boleh dibuat berniaga.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan kuih kaswi :
    • 2 cwn tepung gandum
    • 1 cwn tepung ubi kayu
    • 1 cwn serbuk gula merah
    • 1/2 cwn gula putih
    • 1 cwn air
    • 1 helai daun pandan
    • 2 sb air kapur
    • 3 cwn air
  • Bahan-bahan kelapa parut :
    • 2 cwn tepung gandum
    • 1 sk garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara kaswi:
    1. Sapu acuan dengan minyak masak.
    2. Larutkan kapur makan dengan sedikit air.
    3. Masukkan serbuk gula merah Thai, gula putih, air dan daun pandan dalam periuk.
    4. Masak gula sampai mendidih dan kemudian sejukkan dulu.
    5. Masuk tepung ubi kayu, tepung gandum, air gula, air kapur dan air putih dalam mangkuk.
    6. Kacau sebati dan kemudian tapis ketulan tepung.
    7. Panaskan pengukus dan air sampai mendidih.
    8. Tuang masuk adunan dalam acuan.
    9. Kukus dengan api besar selama 15-20 minit.
    10. Bila dah masak, buka tudung dan biarkan wap keluar selama 5 minit.
    11. Bila kuih dah sejuk, boleh keluarkan dari acuan
  2. Cara-cara kelapa parut:
    1. Gaul kelapa parut dengan garam.
    2. Kukus kelapa parut anggaran 10 minit.
    3. Hias kuih kaswi dengan kelapa parut.

Tip:

  • Che Nom suka guna gula merah Thai jenama Star, takda habuk-habuk kasar atau pasir brand ni.
  • Ikat tudung pengukus dengan kain nak elak wap air jatuh masa kukus.
  • Nak senang tuang dalam acuan, tuang adunan dalam bekas kecil yang ada muncung.
  • Kena rajin kacau adunan sebelum tuang dalam acuan sebab adunan ni senang mendap.
  • Mula-mula masak, kuih akan naik sikit ke atas, tapi bila sejuk kuih akan turun balik.
  • Sebelum keluarkan kuih dari acuan, lumur minyak pada tangan untuk elak melekat.
  • Keluarkan kuih dari acuan dengan cara cungkil tepi kuih dengan bilah buluh atau sudu.
  • Kalau nak jual kuih ni, boleh pek asing kelapa parut, baru tak comot.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.