Resepi Kuih Tepung Talam
Kuih tepung talam gula merah dua lapis, bawah manis gula merah dan atas santan lemak masin yang gedik-gedik. Sukatan cawan mudah, sesuai buat jualan tempahan.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuih Tepung Talam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 16 biji
- Kalori
- 265 kcal
- Protein
- 3 g
- Karbohidrat
- 42.5 g
- Lemak
- 9 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 22 g
- Natrium:
- 230 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Santan 3 cawan dikira santan sederhana pekat (~200 kcal/100 ml).
- Gula merah 240 g + gula pasir 116 g menyumbang kebanyakan gula.
- Garam 1-2 sudu kecil dikira 1.5 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cwn / 240g gula merah bersamaan berapa cawan?
- ± 1 cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
- 1/2 cwn / 100g gula pasir bersamaan berapa cawan?
- ± ½ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk yang sukat tepung dengan sukatan cawan, pastikan gembur dulu tepung sebelum sukat untuk dapatkan berat yang tepat. Kalau tak adunan akan padat sangat sebab terlebih tepung.
- Kacau dulu adunan adunan gula merah sebelum tuang kedalam loyang takut tepung mendap.
- Semasa kukus, tutup loyang dengan aluminium foil untuk elak wap menitik kedalam loyang.
- Boleh jugak masak (sampai naik wap) dulu adunan santan sebelum kukus untuk dapatkan permukkan yang lincin di bahagian atas (cara peniaga). Tapi Che Nom tak buat sebab nak makan sendiri saja.
- Untuk senang potong, gunakan pisau plastik dan sapu sedikit minyak untuk elakkan pisau melekat.
Video
Pengenalan
Jom tengok Ceh Nom nak share cara sediakan kuih tradisional pemanis mulut kegemaran Che Nom iaitu kuih tepung talam, atau lebih tepat dipanggil talam gula merah. Ada dua bahagian penyediaan iaitu lapisan gula merah dibawah, dan atasnya lapisan santan yg lemak masin dan gedik-gedik gitu.
Bila kita makan, gabungan rasa manis gula merah dan lemak santan tu memang terbaik. Kuih ni sesuai sangat untuk dijual secara tempahan. Che Nom share resepi dalam sukatan cawan yang mudah nak rujuk. InsyaAllah menjadi.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









