Kari Pekat Ikan Merah
Ikan

Kari Pekat Ikan Merah

Jom kita masak kari ikan cara org dulu yang Che nom belajar dari bonda tersayang. Kali ni Che Nom gunakan Ikan Merah yang segar lagi sebab baru beli kat pasar. Bahan-bahannya taklah banyak sangat, cuma cara dan teknik memasak kari tu yang menentukan sedap atau tak hasilnya nanti.

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 14 April 20201607 paparan

Masa Penyediaan

15 minit

Masa Memasak

20 minit

Jumlah Masa

35 minit

Hidangan

6 orang

Bahan-bahan

Bahan Untuk Tumbuk Kasar

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Untuk Bancuhan Rempah

  • 2 sudu besar (membukit) serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • air secukupnya

Bahan Untuk Lain

  • 2-3 sudu besar air asam jawa
  • 1/2 mangkuk kecil minyak masak
  • 3/4 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 ekor ikan merah
  • 1 mangkuk santan cair
  • 3 biji cili merah besar
  • 1 mangkuk santan pekat
  • air, jika perlu
  • garam secukup rasa
  • 12 batang bendi
  • 2 biji tomato
Cara Memasak

Penyediaan Utama

  1. 1Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. 2Masuk semua dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  3. 3Sediakan bancuhan rempah, masukan rempah kari ikan, serbuk cili dan air secukupnya.
  4. 4Potong bendi, cili merah dan tomato belah 4
  5. 5Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar tadi.
  6. 6Masukan halba campur dan daun kari.
  7. 7Kacau sampai bawang kekuningan dan sedikit garing.
  8. 8Tuang bancuhan rempah kari.
  9. 9Kacau sekata sehingga pecah minyak.
  10. 10Tambahkan air.
  11. 11Bila dah kering, masukan air pati asam jawa.
  12. 12Masukkan ikan merah.
  13. 13Masak selama 5 minit.
  14. 14Kemudian masukan santan cair (santan perahan kedua).
  15. 15Masukan cili merah dan masak dalam 10 minit.
  16. 16Kemudian masukan santan pekat.
  17. 17Jika kari pekat boleh tambah air.
  18. 18Tambah sedikit air asam jawa.
  19. 19Tambah garam.
  20. 20Masukan bendi dan tomato.
Petua & Panduan
  • Gunakan kuali yang tebal, jika tidak rempah cepat hangus.
  • Basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir.
  • Santan pekat diletakkan lambat sebab takut kari pecah minyak dan kuah berketul- ketul.
Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom