Resepi Ikan Masak Cuka
Ikan masak cuka ala nenek-nenek dulu, sedap untuk lauk berpantang bila guna ikan fresh. Kuah masam manis wangi tumisan biji sawi, bawang, halia dan serai, memang padu.

Bahan-bahan
Cara Buat Ikan Masak Cuka
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 295 kcal
- Protein
- 28 g
- Karbohidrat
- 12 g
- Lemak
- 13.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 6 g
- Natrium:
- 1390 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 4 keping ikan tenggiri dianggar 600 g, 85% isi boleh dimakan.
- 1 senduk minyak dikira kekal dalam kuah.
- Garam perapan dikira separuh diserap sahaja.
- Serai dan cili merah pilihan dikira 50%.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau guna halia muda lagi sedap, tapi Che Nom tak ada jadi guna je halia tua.
- Basuh dan bilas ikan dengan air asam jawa supaya bau hanyir ikan hilang.
- Lebihkkan sikit serbuk kunyit sebab kita nak kuah tun anti berwarna kuning sikit.
- Boleh ganti dengan ikan bawal, ikan tongkol, ikan merah, ikan kembung, ikan kerisi atau kekekek.
- Ikan goreng tak perlu garing, cukup sekadar bertukar warna perang.
- Lauk ni jangan terus hidang, biar kuah meresap kedalam ikan dulu barulah sedap.
Video
Pengenalan
Masak-masak hari ni Che Nom nak tunjuk cara untuk sediakan ikan masak cuka, ada juga yang panggil jeruk ikan. Lauk ini sinonim sangat dengan masakan nenek-nenek dulu dan lauk orang berpantang. Kalau masak dengan ikan fresh memang terbaik. Rasa manis ikan, rasa sedap dan wangi dari tumisan biji sawi, bawang, halia dan serai.
Kuah tu kena ada rasa masam daripada cuka tapi muka orang yang masak tu kena la manis, kalau muka tukang masak masam mencuka orang tua-tua kata lauk jadi tak sedap, orang tua-tua mana yang cakap entah, Che Nom pon tak pasti, yang pastinya lauk ni bahaya, periuk nasi kena letak jauh – jauh.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









