
Ayam•
Kari Ayam Bonda
Resepi kari ayam dari bonda Che' Nom, resepi istimewa yang sesuai dihidangkan dengan Ketupat, pulut kuning dan roti jala. Walaupun menggunakan bahan banyak tetapi cara memasak resepi Kari Ayam ini tidaklah begitu sukar, pastikan anda menggunakan santan dari kelapa yang segar untuk rasa yang memuaskan. Resepi istimewa untuk berbuka puasa dan hari raya.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 11 Julai 20147.7K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 500 gram ayam dipotong
- 1 senduk besar minyak masak
- 4 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 1 tangkai daun kari
- 4 biji buah pelaga
- 1 batang kayu manis
- 3 tangkai bunga cengkih
- 2 biji bunga lawang
- 1/2 biji bawang dihiris nipis
- 1 sudu besar kerisik
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 mangkuk santan cair
- 3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes
- 2 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4
- 1 biji tomato dipotong 4
- 1 asam keping
Cara Memasak
- 1Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
- 2Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
- 3Masukkan bahan tumbuk dan kacau seketika sehingga kekuningan
- 4Masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan.
- 5Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit
- 6Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
- 7Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
- 8Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi.
- 9Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya,
- 10Langkah terkahir, masukan tomato. Selamat mencuba
Petua & Panduan
- •Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak dan tidak sedap
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025





