Resepi Ayam Kapitan
Ayam Kapitan ala Chef Wan ni nampak macam rendang, tapi bahan kisar dengan daun limau purut dan pati asam jawa buat rasa dia wangi, lemak masam yang padu.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Kapitan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak pecah minyak. Kacau perlahan-lahan rempah tumis supaya tidak hangus dan ambahkan sedikit air jika terlalu kering.
- 2Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutup dengan tudung dan biarkan ayam masak seketika.
- 3Masukkan pula santan dan pati asam jawa. Renehkan sehingga kuah pekat dan ayam masak empuk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang
- Kalori
- 385 kcal
- Protein
- 18.5 g
- Karbohidrat
- 9 g
- Lemak
- 30 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 4.5 g
- Natrium:
- 510 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 ekor ayam dianggar 1.5 kg bertulang, 65% isi boleh dimakan.
- 1 mangkuk minyak (~250 ml) dikira 60% sahaja dimakan.
- Bahan kisar (bawang, cili kering, buah keras, rempah segar) dianggar 580 g keseluruhan.
- Garam secukup rasa dianggar 2 sudu kecil untuk seluruh periuk.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Hidangan ini harus dimasak di atas api yang perlahan supaya kesemua bahan direneh denga sempurna dan kuahnya menjadi pekat dan sedap.
Pengenalan
Resepi Ayam Kapitan dari chef terkemuka negara iaitu Chef Wan. Pada mulanya bila tengok resepi tersebut rasa macam biasa aja sebab bahan-bahan yang digunakan agak lebih kurang sama dengan rendang tetapi apa yang menarik adalah terletak kepada bahan kisar yang dimasukkan bersama daun limau purut.
Oleh kerana resepi ini adalah dari Chef Wan, Che Nom rasa sangat teruja untuk mencuba. Selepas masak sangat terkejut kerana hasilnya sangat lah sedap dan rasanya lain dari yang lain. Pati asam jawa telah memberikan satu rasa yang istimewa dan 'compliment the dish' dengan cukup lengkap sekali.
Hidangan yang sangat dan anda harus cuba. Selain nasi putih, Che Nom rasa hidangan ini sesuai juga dimakan bersama pulut kuning.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









