
Kailan Ikan Masin
Entri kali ini Che Nom nak kongsikan resepi Kailan Ikan Masin. Dulu kami sekeluarga selalu makan sayur kat sebuah restoran di Kg Baru, KL tapi malang sekali restoran tu dah ditutup perniagaannya. Apa yang special tentang Kailan Goreng Ikan Masin di situ ialah kerangupan sayur kailan nya.
Bila mencuba masak berkali-kali, Che Nom dapati untuk mendapatkan rasa kerangupan dan kesegaran yang hampir sama sayur harus direndam di dalam air atau kalau boleh air sejuk sehingga daun menjadi segar dan rangup kemudian barulah digoreng. Cara masak juga tidaklah susah, bahan pun ringkas sahaja. Ikan masin pula boleh digunakan isi ikan tenggiri atau kurau masin. Jom cuba :)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 ikat sayur kailan
- 3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
- 4 biji cili padi, ketuk
- 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar minyak
- garam dan gula, secukup rasa
- 1Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
- 2Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
- 3Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
- 4Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
- 5Angkat dan hidang.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...
Resepi Berkaitan

Sayur Kailan Ikan Masin
undefined...
Diterbitkan pada 23 Mac 2021

Bayam Goreng Sos Tiram
undefined...
Diterbitkan pada 25 Julai 2018

Terung Goreng Berlada
undefined...
Diterbitkan pada 16 Disember 2016

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.
Diterbitkan pada 14 Mac 2025

Tauhu Telur Masak Sayur Campur
undefined...
Diterbitkan pada 7 Februari 2023

Pucuk Ubi Goreng
undefined...
Diterbitkan pada 20 Oktober 2022
Resepi Terbaru

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.