ResepiCheNom
Ikan Masak Tiga Rasa
Ikan

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 minHidangan 4 orang

Ikan masak tiga rasa ala Thai yang sedap, rangup di luar dan kuahnya padu masam manis pedas. Che Nom guna siakap, tapi bawal pun memang ngam.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Menggoreng Ikan

  • 1 ekor ikan siakap1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Sedikit KunyitSedikit Kunyit

Bahan Untuk Kuah

  • Dain bawang untuk hiasanDain bawang untuk hiasan
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dicincang halus3 biji bawang merah, dicincang halus
  • 1 inci halia, dicincang halus1 inci halia, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomato dipotong dadu1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang bunga kantan, dihiris nipis1 batang bunga kantan, dihiris nipis
  • 1 batang serai, dititik1 batang serai, dititik
  • 6 biji cili padi , dihiris nipis6 biji cili padi , dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar
  • 4 besar sos cili4 besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasaGaram dan gula secukup rasa

Cara Buat Ikan Masak Tiga Rasa

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. 2
    Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  3. 3
    Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
  4. 4
    Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
  5. 5
    Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
  6. 6
    Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
  7. 7
    Hiasakan dengan daun bawang.

Nilai Nutrisi (Anggaran)

Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang

Kalori
430 kcal
Protein
23.5 g
Karbohidrat
21.5 g
Lemak
26.5 g
Serat:
1.5 g
Gula:
11.5 g
Natrium:
1280 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Ikan siakap 1 ekor dianggar 800 g, 55% isi boleh dimakan.
  • Minyak menggoreng dikira 12% serapan; minyak menumis TIDAK disenaraikan, dianggar 3 sudu besar.
  • '4 besar sos cili' dibaca sebagai 4 sudu besar.
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan garam menjadikan natrium tinggi.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Ikan Masak 3 rasa,

untuk resepi ini Che' Nom menggunakan ikan siakap, boleh jugak digantikan dengan ikan bawal,

Ikan masak tiga rasa memang tak asing lagi di restoran masakan Thai di Malaysia.

Diterbitkan pada 7 Februari 2016205.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru