ResepiCheNom
Siakap Tiga Rasa Ala Thai
Ikan

Resepi Siakap Tiga Rasa Ala Thai

Prep 25 minMasak 25 minJumlah 50 minHidangan 4 orang

Siakap 3 Rasa ala Thai dengan kuah pekat, pedas, masam manis dan penuh aroma serai serta daun limau purut. Che Nom tambah satu bahan special bagi rasa padu macam restoran.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kuah 3 Rasa

  • 3-4 sudu besar minyak masak3-4 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • ½ biji bawang holland½ biji bawang holland
  • Sedikit capsicumSedikit capsicum
  • 1 batang serai (**boleh titik serai jika tak suka hirisan serai)1 batang serai (**boleh titik serai jika tak suka hirisan serai)
  • 2 pokok ketumbar2 pokok ketumbar
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato3 sudu besar sos tomato
  • ½ mangkuk kecil sos cili½ mangkuk kecil sos cili
  • 1 mangkuk nenas didadu1 mangkuk nenas didadu
  • 3-4 tangkai cili padi3-4 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah2 tangkai cili merah
  • 1 sudu besar pes cili Thai (**boleh ganti cili kisar 1 sudu besar kalau tak ada)1 sudu besar pes cili Thai (**boleh ganti cili kisar 1 sudu besar kalau tak ada)
  • 1 sudu besar sos ikan1 sudu besar sos ikan
  • Garam, secukup rasaGaram, secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula perang1 sudu kecil gula perang
  • 2-3 helai daun limau purut2-3 helai daun limau purut
  • Sedikit perahan jus limau nipisSedikit perahan jus limau nipis
  • Sedikit air, untuk lebih berkuahSedikit air, untuk lebih berkuah

Bahan Untuk Ikan Siakap

  • 1 ekor ikan siakap1 ekor ikan siakap
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyitSedikit serbuk kunyit
  • Tepung jagungTepung jagung

Bahan Untuk Hiasan

  • Daun ketumbarDaun ketumbar
  • Daun saladDaun salad
  • Hirisan nenasHirisan nenas

Cara Buat Siakap Tiga Rasa

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kuah 3 Rasa

  1. 1
    Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia cincang serta bawang holland dadu. Kacau sehingga naik bau.
  2. 2
    Masukkan sedikit capsicum, hirisan nipis serai, akar dan batang ketumbar serta tomato dadu. Gaul sehingga tomato kelihatan sudah lembut.
  3. 3
    Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, nanas yang didadu, cili padi, cili merah dan sedikit air sebagai kuah.
  4. 4
    Tambah pes cili Thai, minyak cili, sos ikan, garam secukup rasa, gula perang dan taburan hirisan daun limau purut.
  5. 5
    Masukkan sedikit perahan jus limau nipis dan kacau seketika lalu tutup api.

Untuk Siakap 3 Rasa

  1. 1
    Kelar isi ikan pada kedua belah bahagian.
  2. 2
    Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, lalu salutkan dengan taburan tepung jagung.
  3. 3
    Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing kedua belah bahagian.
  4. 4
    Tuang kuah 3 rasa diatas ikan dan hias dengan taburan daun ketumbar, hirisan nenas dan lapisan daun salad.
  5. 5
    Kemudian, ikan siakap 3 rasa sudah siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Seeloknya bagi salutan tepung pada bahagian dibuat apabila hendak digoreng dan minyak mulai panas.
  • Jika tiada minyak cili, boleh digantikan dengan cili kisar untuk bahan kuah 3 rasa.
Video
Pengenalan

Menu kita kali ini ialah Ikan Siakap 3 Rasa, menu terkenal restoran ala Thai. 2 tahun dulu Che Nom dah pernah share resepi yang sama, tapi kali ni jom tengok video versi baru yang lebih menarik dengan resepi yang ditambah baik lagi supaya lebih sedap hasilnya.

Beza kuah 3 rasa dengan masam manis ialah, kuah masakan 3 rasa ni lebih pekat, pedas dan lebih sarat dengan pelbagai bahan yang beraroma, contohnya serai, daun limau purut dan juga ketumbar, berbanding kuah sweet sour yang lebih ringkas, dan lebih manis dari pedas.

Kombinasi pedas, masam dan manis serta aroma dan tekstur dari pelbagai bahan tu yang membuatkan masakan dari resepi ni tambah sedap. Ada satu bahan special yang Che Nom masukkan untuk dapatkan rasa hebat macam restoran Thai.

Diterbitkan pada 18 Disember 2021319.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru