ResepiCheNom
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa & Air Asam Kerisik
Ikan

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa & Air Asam Kerisik

Prep 40 minMasak 30 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 4 orang

Ikan cencaru belah belakang Che Nom sumbat sambal kelapa tumbuk fresh, balut daun pandan dan goreng sampai wangi.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Ikan Cencaru

  • 4 ekor ikan cencaru4 ekor ikan cencaru
  • 8 helai daun pandan8 helai daun pandan
  • Sedikit tepung gandumSedikit tepung gandum
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyitSedikit serbuk kunyit

Bahan Untuk Sambal Kelapa

  • 1 tangkai cili merah1 tangkai cili merah
  • 4-5 tangkai cili kering4-5 tangkai cili kering
  • 3-4 biji bawang merah kecil3-4 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 1 ketul kunyit hidup1 ketul kunyit hidup
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa1/2 sudu kecil serbuk perasa
  • Sedikit gulaSedikit gula
  • 1/2 biji kelapa parut1/2 biji kelapa parut
  • 1 sudu besar air asam jawa1 sudu besar air asam jawa

Bahan Untuk Air Asam Kerisik

  • Sedikit gulaSedikit gula
  • 1/2 -1 biji bawang holland1/2 -1 biji bawang holland
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1-2 sudu besar kerisik1-2 sudu besar kerisik
  • 4-5 tangkai cili padi4-5 tangkai cili padi
  • 1 tangkai cili merah1 tangkai cili merah
  • 1 inci belacan1 inci belacan
  • 1/2 cawan air asam jawa1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap manis1 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Jus limau nipisJus limau nipis
  • Sedikit airSedikit air

Cara Buat Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa & Air Asam Kerisik

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Ikan

  1. 1
    Ikan belah dari belakang dan bersihkan (jangan belah bahagian perut).
  2. 2
    Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.

Untuk Sambal Kelapa

  1. 1
    Potong kasar cili merah atau cili kering (rebus dulu).
  2. 2
    Potong kasar kunyit hidup, bawang merah, bawang putih (boleh ganti dengan halia) dan serai.
  3. 3
    Tumbuk bahan potong kasar. Tambah garam, serbuk perasa, gula dan kelapa parut kemudian tumbuk sampai bergaul sebati.
  4. 4
    Tambah sikit air asam jawa, boleh ganti jus limau purut.
  5. 5
    Sumbat sambal kelapa dalam ikan. Tabur sikit tepung gandum atau telur supaya inti kelapa tak terkeluar.
  6. 6
    Balut dengan daun pandan dan cucuk atau selit dengan lidi.
  7. 7
    Goreng sampai ikan keperanggan.
  8. 8
    Cara-cara untuk air asam kerisik
  9. 9
    Hiris kasar bawang holland atau bawang merah besar, tomato dan limau nipis.
  10. 10
    Potong halus cili padi dan cili merah.
  11. 11
    Bakar belacan sampai naik bau.
  12. 12
    Dalam mangkuk yang berasingan masukkan bawang tomato, belacan bakar, air pati asam jawa, garam, gula dan kerisik. Gaul sampai bergaul sebati.
  13. 13
    Masuk cili padi, kicap manis, air sikit untuk berkuah, perah limau nipis dan gaul sebati.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh tambah cili padi dalam sambal kelapa untuk lebih pedas.
  • Pastikan bahagian dicucuk dengan lidi berada di sebelah bawah semasa menggoreng supaya daun pandan tak terbuka.
Video
Pengenalan

Kali ni jom tengok Che Nom nak masak ikan cencaru sumbat sambal kelapa, resepi daripada mak Che Nom sendiri,dulu-dulu kat kampung memang suka sangat makan ikan sumbat sambal kelapa mcm ni,dan mak Che Nom akan hidang dengan air asam kerisik yang pekat, masam dan pedas. Makan memang tak pandang kiri kanan dah.

Che Nom akan tunjuk cara sediakan sambal kelapa yang pedas dan wangi sebab kita tumbuk bahan-bahan fresh kesemuanya untuk diagul dengan kelapa parut,kemudian sumbat ke dalam ikan belah belakang sebelum dibalut kemas dengan daun pandan dan goreng sampai masak.Ada tips juga untuk elakkan sambal kelapa dari berterabur keluar masa goreng anti.

Hasilnya,ikan yg sangat lah moistdan sambal kelapa pun sedap sangat bila dimakan dengan ikan. Air asam kerisik takyah cakap lagi lah,paduu.

Diterbitkan pada 3 April 202223.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru