Ikan Bakar Dan Air Asam
Kali ni Che Nom nak share resepi Ikan bakar air asam yang sedap sangat dan mudah untuk disediakan. Che Nom akan tunjuk cara sediakan pes sambal berempah untuk ikan bakar, dan kemudian resepiair asam yang pedas, pekat, masam yang kena sangat lah kalau kita makan dengan ikan bakar tu. Dalam video ni, Che Nom tunjuk cara masak ikan bakar guna kuali atau grill pan, sebab lebih mudah dan cepat nak sediakan , rasa pun tak kurang sedapnya. Pes sambal berempah pulak boleh disediakan awal-awal, disimpan dalam peti sejuk ataupun freezer. Bila nak makan,keluarkan dan masak saja dengan ikan pilihan anda. Untuk sesiapa yang sibuk, boleh sediakan pes awal-awal lagi dan simpan.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4 ekor ikan mabong (saiz besar) atau apa jenis ikan pilihan anda
- daun pisang
- sedikit minyak (untuk grill)
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 ketul kunyit hidup
- ½ inci halia
- 1 batang serai
- ½ inci lengkuas
- 2-3 sudu besar cili kisar
- ½ sudu besar serbuk kari ikan
- 2 sudu besar air asam jawa
- ½ - 1 sudu kecil garam
- sedikit air
- 1 senduk minyak masak
- ½ - 1 sudu kecil gula
- 10-15 biji cili padi
- 1 biji cili merah
- 1 mangkuk air asam jawa
- 1 inci belacan
- ½ biji bawang besar
- 1-2 biji tomato
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit perahan jus limau nipis
- 1Kisar halus bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, dan batang serai sekaligus serta cili kisar, sudu besar kari ikan dan sedikit air asam jawa. Tambah sedikit garam dan air.
- 2Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dalam masa anggaran 15 minit sehingga bahan masak dan pecah minyak
- 3Tambahkan gula dan sedikit air jika bahan terlalu pekat.
- 4Sambung masak dalam anggaran 5 minit.
- 1Salut dan lumur ikan yang telah dikelar dengan pes ikan bakar berempah bagi kedua-dua bahagian ikan serta didalam ikan.
- 2Balut setiap ekor ikan dengan daun pisang atau daun kunyit.
- 3Panaskan sedikt minyak dan panggang ikan dengan api yang sederhana.
- 4Panggang ikan sehingga ia masak.
- 1Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
- 2Potong kecil bawang besar.
- 3Hiris kasar cili padi, cili merah (pilihan) dan tomato.
- 4Kisar halus air asam jawa, belacan yang dibakar, cili padi, gula dan garam secukup rasa.
- 5Selepas dikisar, masukkan bahan kedalam mangkuk bersama bahan potong dan hiris kasar lalu gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
- 6Perah limau nipis kedalam air asam jawa dan tambah gula mahupun garam untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.
- 7Kemudian, air asam jawa siap untuk dihidang bersama ikan bakar.
- •Jika menggunakan asam jawa asli, rendamkan dengan air panas dahulu dan ramas sehingga menjadi pes yang pekat.
- •Jika tiada daun pisang, boleh digantikan dengan daun kunyit.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Siakap Bakar Bersambal
Kali ni Che Nom nak tunjuk cara untuk masak ikan bakar bersambal, menggunakan pes sambal yang mantap rasanya. Dalam vide...
Diterbitkan pada 28 Mac 2023

Kari telur
Kari telur menu simple tapi memang terangkat kalau makan dengan nasi panas. Sesuai sangat sebagai menu hujung bulan.
Diterbitkan pada 23 September 2024

Air Asam Ikan Bakar
Resepi Air Asam Ikan Bakar pembuka selera dari utara yang istimewa, sesuai dimakan bersama ikan bakar. ...
Diterbitkan pada 20 Ogos 2013

Sambal Tumis Telur Rebus Pekat Dan Likat
Resepi kali ni ialah sambal telur rebus goreng. Che Nom akan fokus kepada sesiapa yang baru nak mula belajar masak samba...
Diterbitkan pada 8 Julai 2022
Nasi Goreng Cili Padi Pedas
Nasi goreng cili padi yang pedas menyengat, menu mesra utk dapur bujang atau kalau nak masak waktu tempoh pengasingan di...
Diterbitkan pada 28 April 2020

Air Asam Tomato
Air Asam Tomato Resipi dari Kedah, Menggunakan Tomato dan Air Asam sebagai bahan asas, resepi istimewa untuk dimakan ber...
Diterbitkan pada 20 Ogos 2013
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!