Resepi Ayam Berempah Buat Berniaga Pasti Laris
Ayam goreng berempah rangup dan wangi, memang ngam makan dengan nasi lemak atau pulut.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Berempah
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang
- Kalori
- 275 kcal
- Protein
- 15 g
- Karbohidrat
- 6 g
- Lemak
- 21 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 1 g
- Natrium:
- 800 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 ekor ayam dianggar 1.2 kg bertulang, 65% isi boleh dimakan bersama kulit.
- Minyak menggoreng dikira 10% serapan pada ayam bersalut tepung beras.
- Garam 2-3 sudu kecil dan 2 sudu kecil serbuk perasa dibahagi rata kepada 10 hidangan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Ayam Che Nom potong 10, kalau nak kecil sikit boleh potong 16.
- Serai kena potong agak panjang (anggaran 2-3cm) untuk dapatkan texture halus bertali nanti. Kalau nak kisar asing pon boleh, boleh adjust kasar macam mana nak, tapi Che Nom kisar je semua sekali.
- Pastikan minyak untuk goreng ayam banyak dan ayam tenggelam
- Minyak perlu panas supaya perapan melekat elok pada ayam masa mula goreng, kalau tak panas nanti perapan jatuh.
- Jangan goreng ayam banyak-banyak dalam satu-satu masa takut suhu minyak turun dan cepat sejuk.
- Api sederhana jangan kuat sangat takut rempah dekat luar jadi hitam tapi isi ayam bahagian dalam tak belum masak.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak kongsi resepi ayam goreng berempah, yang sesuai sangat kalau kita makan dengan nasik lemak, nasi putih bersama gulai kea tau dengan pulut kukus pun sedap.
Mula-mula Che Nom akan tunjuk cara untuk sediakan rempah perapan ayam menggunakan bahan-bahan fresh dan juga rempah kering. Kemudian kita perap ayam dengan rempah perapan yang bersalut dan melekat untuk perapan yang lebih baik.
Tips menggoreng ayam supaya masak sekata, hasil gorengan yang ‘golden brown’, dan juga cara untuk dapat serbuk rempah gorengan yang tak hitam juga ada dikongsi. Bila hidang, kita tabur dengan serbuk-serbuk garing rempah baru lah nampak lebih menarik.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









