Homemade Boba Pearl Dan 3 Jenis Boba Milk Drink
Boba oh Boba..Boba milk drink, yg masih lagi menjadi kegilaan ramai. Buat pertama kali, Che Nom nak cuba buat homemade boba pearl dan hasilkan 3 jenis minuman dari bobba pearl ni. Kalau tgk bahan-bahan mudah je, cuma tepung ubi, gula perang, air dan pewarna hitam kalau suka.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Video ini terkunci. Sila langgan untuk akses.
- 1/3 cawan /65g brown sugar
- 1/3 cawan /80ml air
- 1 cawan /140g tepung ubi
- sedikit pewarna hitam (optional)
- 1 cawan /200g brown sugar (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
- sedikit air
- ais
- susu full cream
- kopi espresso
- bancuhan pekat air teh
- 1Masukan gula dalam kuali.
- 2Tambah air dan kacau sehingga larut dan mendidih.
- 3Perlahankan api dan masukan tepung ubi sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- 4Pindahkan doh ke meja kemudian masukan pewarna hitam sedikit dan uli sehingga warna hitam menjadi sekata dah doh tidak melekat.
- 5Leperkan doh dan potong memanjang kemudian potong kecil-kecil dan bulatkan.
- 6Masukan boba pearl dalam air yang mendidih dah rebus selama 20 sehingga 30 minit
- 7Bila boba pearl sudah kenyal dan bertukar jadi gelap lutsinar, tapis kesemua air.
- 1Masukan brown sugar dan boba pearl dalam kuali.
- 2Tambah sedikit air dan kacau perlahan sehinga pekat brown sugar syrup.
- 1Masukan boba pearl dalam cawan.
- 2Masukan ais kemudian tuang susu.
- 1Masukan boba pearl dalam cawan
- 2Masukan ais, susu dan coffee
- 1Masukan boba pearl dalam cawan
- 2Masukan ais, susu dan teh yang dibancuh pekat
- •Taburkan tepung ubi ketika menguli untuk mengelakan boba pearl melekat.
- •Ketika mula- mula tuang boba pearl, kacau kerap supaya tidak melekat.
- •Tuangkan black pearl syrup di bahagian tepi untuk hasil ala-ala Xing Fu Tang.
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
Puding Roti Jagung
Che Nom nak kongsikan satu dessert yang mudah tapi sedap sangat, peminat-peminat puding kena cuba iaitu Puding Roti Jagu...
Bubur Kacang Hijau
Resepi Bubur Kacang Hijau yg sangat sedap. Tak susah nk buat bubur ni, cuma rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehi...
Puding Karamel
Siapa suka makan pudding caramel? Kali ni Che Nom nak share resepi puding caramel kegemaran Che Nom. Bahan-bahannya tak ...
Agar-Agar Cendol Sedap
Resepi Agar-Agar Cendol yang sangat sedap jika dihidangkan sebagai pencuci mulut tambahan lagi jika agar-agar ini diseju...
Puding Roti Coklat
Resepi Puding Roti Coklat menggunakan lebihan kepingan roti putih yang sudah disimpan beberapa hari. Maksudnya roti yang...
Puding Jagung Sedap
Resepi Puding Jagung, yang manis dan lemak berkrim. Sesuai dihidangkan sebagai kuih atau pencuci mulut. Cara nak menyedi...