Bubur Kacang Hijau

Bubur Kacang Hijau

Resepi Bubur Kacang Hijau yg sangat sedap. Tak susah nk buat bubur ni, cuma rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga lembut. Lagi mudah jika anda mempunyai pressure cooker. Dalam masa 10 minit kacang sudah pecah dan lembut. Che Nom memang sangat menggemari bubur kacang, dimakan bersama roti atau pun dimakan begitu sahaja. Jom check resipi mudah ni.

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 16 September 20157483 paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 300 gram kacang hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair (dari 1/2 biji kelapa parut)
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 1/2 senduk gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
Cara Memasak

  1. 1
    Rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga empuk.
  2. 2
    Masukkan santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk kacang hijau tadi dan masak sehingga mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan pula sagu.
  3. 3
    Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  4. 4
    Perasakan dengan sedikit garam supaya kuah dapat menyeimbangi rasa manis dan lemak masin.
  5. 5
    Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bubur kacang hijau bersama roti atau begitu sahaja.

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Resipi Berkaitan