Resepi Buah Melaka Cair Di Mulut, Manis Di Hati!
Buah melaka lemak manis, gebu di luar dan cair di dalam!

Bahan-bahan
- 2 cawan tepung pulut
- 1 cawan santan (dicampur sedikit garam)
- 1 helai daun pandan (dikisar dengan sedikit air, tapis untuk ambil jus hijau)
- Gula melaka secukupnya, dipotong kiub kecil
- 1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja), digaul dengan sedikit garam
Cara Buat Buah Melaka
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 30 biji
- Kalori
- 75 kcal
- Protein
- 1 g
- Karbohidrat
- 12 g
- Lemak
- 2.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 4.5 g
- Natrium:
- 40 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Gula melaka 'secukupnya' dianggar ~5 g setiap biji (150 g keseluruhan).
- Tepung pulut 2 cawan dikira 260 g; kelapa parut 1 cawan ~80 g.
- Garam dalam santan dan kelapa dianggar 1/2 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cawan tepung pulut bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 320g (cawan US 240ml).
- 1 cawan santan (dicampur sedikit garam) bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Potong gula melaka kecil agar mudah diisi dan tidak terlalu besar hingga keluar dari doh.
- Masukkan jus pandan sedikit demi sedikit agar doh tidak terlalu cair; boleh tambah atau kurangkan jika perlu.
- Jika doh melekat di tangan, tabur sedikit tepung pulut pada tangan untuk memudahkan proses membentuk bebola.
- Jika doh terlalu lembik, tambah sedikit tepung pulut. Jika terlalu kering, tambah sedikit santan atau air.
- Rebus bebola hanya sehingga ia terapung (3–4 minit). Jangan rebus terlalu lama untuk elakkan doh pecah.
- Boleh kukus kelapa parut dengan sedikit garam selama 3–5 minit supaya tahan lebih lama dan tidak cepat basi.
Video
Pengenalan
Hai semua, kali ni Che Nom nak share resepi buah melaka yang sememangnya favourite ramai. Bila kita gigit, rasa lemak manis gula melaka tu meletup dalam mulut, memang tak boleh berhenti makan!
Doh dia lembut hasil campuran tepung pulut dan santan, ditambah pandan bagi aroma wangi. Kita golek-golek dalam kelapa parut untuk rasa sedikit masin yang seimbang dengan manis gula melaka.
Senang sangat nak buat, cuma perlukan sikit masa untuk bentukkan bebola dan rebus. Memang berbaloi tau kalau buat sendiri, puas hati makan panas-panas!
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









