Gulai Nasi Berlauk Ayam Kelantan
Che nom nak share antara resepi menu favourite Che Nom iaitu gulai darat ayam Kelantan. Apa yang special kali ni. Che Nom nak masak menggunakan rempah tradisional, gulai darat Kampung Langgar khas dari Kelantan. Biasanya dimakan dengan nasi dagang, atau naik putih pun boleh. Memang betul-betul sedap lah. Terima kasih pada follower yang sudi membantu & menjawab segala pertanyaan Che Nom mengenai gulai ni.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 5-6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- sedikit air
- 1/2 ekor ayam (atau lebih sikit pun ok)
- 2 sudu besar rempah gulai darat Kelantan (boleh ganti Adabi)
- 1 sudu besar biji ketumbar (sangai, tumbuk halus)
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 mangkuk santan cair
- 1 keping asam keping
- 1 mangkuk santan pekat
- 3 biji cili hijau
- 4 biji telur
- 1-2 sudu besar kerisik
- sedikit gula nisan/gula melaka
- garam secukup rasa
- 1Masukkan telur rebus (optional).
- 2Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
- 3Masuk dalam blender, tambah sedikit air dan kisar halus.
- 4Sanggai sekejap biji ketumbar dan kemudian tumbuk halus.
- 5Masukkan ayam kedalam kuali
- 6Masukkan bahan kisar halus, rempah gulai darat, serbuk ketumbar dan cili kisar.
- 7Gaul sekata dan mula memasak.
- 8Masukkan santan cair (santan perahan kedua) dan asam keping.
- 9Renehkan semua bahan tadi dan tutup sekejap kalau nak ayam masak elok sampai dalam.
- 10Bila dah mendidih, masukkan santan pekat.
- 11Masukkan cili hijau (better guna lada solok).
- 12Perlahankan api dan kacau dengan kerap.
- 13Masukkan sedikit kerisik.
- 14Sedikit gula nisan (boleh ganti gula melaka).
- 15last sekali garam.
- •Selepas masukan santan pekat, kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Ayam Kerutuk Kelantan
Kali ni Che Nom nak masak Ayam Kerutuk, masakan yang berasal dari Kelantan. Che Nom rujuk resepi dari YouTube Dapur Kak ...

Ayam Masak Butter
Selamat berpuasa semua, kali ni Che Nom nak share resepi yang sesuai sangat dimasak untuk berbuka puasa sebab rasanya pe...

Ayam Varuval
Resepi kali ini ialah Ayam Varuval, masakan India yang terkenal dan disukai ramai. Sejujurnya Che Nom tak pernah masak a...

Ayam Masak Blackpaper Cendawan
Kali ni Che Nom nak share menu yang ringkas tapi sedap iaitu Ayam Masak Blackpepper Cendawan. Masakan ni juga mudah seba...

Ayam Masak Madu Ala Mamak Che Nom
Untuk masakan lauk pauk kali ni, Che Nom nak share satu resepi oleh Puan Ieda Hamzah dari posting group MAHN. Terima kas...

Ayam Butter Kicap dan Nasi Butter
Resepi mudah Ayam Butter Kicap yang dipadankan dengan Nasi Butter, sesuai untuk yang buntu nak masak apa. Ayam Butter Kicap berkuah pekat dengan rasa manis-manis pedas berlemak, manakala Nasi Butter pula lembut, lemak bersusu dan wangi.