Grill Chicken Wrap
Hi Semua, kali ini Che Nom nak kongsi resepi chicken wrap menggunakan ayam yang diperap dengan bahan-bahan dan rempah yang mudah, tapi akan dapat hasil yang sangat sedap, juga cara untuk grill ayam menggunakan pan serta hasilkan ayam panggang yang lembut dan juicy di dalam. Che Nom akan kongsi juga cara untuk sediakan salad segar dan sayur-sayur lain yang sesuai dimakan dengan chicken wrap ni. Satu lagi resepi yang menarik ialah resepi salad dressing homemade ala-ala restoran western yang premium menggunakan bahan yang simple saja untuk dipadankan bersama salad dan sayur-sayur dalam chicken wrap.Menu ini juga seimbang dari segi diet kerana kandungan karbohidrat yang agak rendah sebab kita gunakan roti atau wrap jenis whole grain, kandungan protein yang tinggi dari pada isi ayam yang dimasak menggunakan sedikit sahaja minyak , dan minyak pun kita guna minyak zaitun, juga banyak kandungan vitamin dan mineral yang datang dari pelbagai jenis sayur dan juga sedikit kandungan lemak dari mayonis.
Memang well balanced diet meal.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 ulas bawang putih
- 2 ketul dada ayam
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 sudu kecil serbuk paprika salai
- Sedikit garam
- 2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
- 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
- 3 sudu besar jus lemon
- ¼ sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil dijon mustard
- Secubit garam
- 1 sudu besar madu
- Sayur salad
- Timun
- Tomato ceri
- Karot
- Roti tortilla bijirin penuh
- 1Tos dan keringkan ayam lepas dibersihkan lalu masukkan kedalam bekas.
- 2Masukkan parutan halus bawang putih, serbuk lada hitam, serbuk paprika salai, sedikit serbuk cili, sedikit garam dan minyak zaitun extra virgin.
- 3Gaul rata kesemua bahan pada bahagian ayam. Pastikan bahagian ayam disalut dengan rata.
- 4Perap ayam minimun 2 jam atau semalaman.
- 5Sesudah diperap, panaskan kuali dan goreng ayam lalu masukkan minyak zaitun extra virgin.
- 6Kemudian, tutup sebentar anggaran dalam 30 saat lalu buka penutup dan alih ayam tersebut. Ulang cara yang sama 2 atau 3 kali sehingga ayam masak sempurna.
- 7Angkat selepas kedua-dua belah bahagian kelihatan sudah terpanggang dan masak.
- 8Rehatkan sekejap ayam panggang tersebut.
- 9Sapu madu diatas ayam panggang lalu potong ayam.
- 1Rendam salad yang telah dibasuh dengan air sejuk.
- 2Hiris nipis timun, lobak merah, dan potong tomato ceri.
- 3Tapis sayur yang direndam dan keringkan sayur menggunakan salad spinner (jika ada).
- 4Masukkan minyak zaitun extra virgin didalam bekas yang berpenutup dan diikuti dengan perahan jus lemon. Kuantiti bagi kedua bahan ini adalah sama banyak.
- 5Masukkan serbuk lada hitam dan dijon mustard.
- 6Goncang bahan-bahan tersebut lalu masukkan secubit garam, madu dan sambung goncang sehingga sekata.
- 1Panaskan roti tortilla diatas kuali. Alih untuk panaskan kedua belah bahagian roti tortilla.
- 2Gunting roti sampai ke tengah. Bahagi kepada 4 bahagian di mana bahagian pertama disusun ayam panggang, bahagian ketiga diletak salad, timun, lobak merah dan tomato ceri bersama salad dressing yang dibuat. Tambah mayonis biasa atau rendah lemak diatas ayam panggang.
- 3Kemudian, balut roti tortilla mengikut bahagian dan grill chicken wrap siap untuk dihidang.
- •Ketika menggoreng ayam, jangan terlalu cepat alihkan ayam dan biarkan selama 30 saat dahulu.
- •Jika tidak mempunyai serbuk paprika salai, boleh digantikan ia dengan serbuk cili atau serbuk cayenne.
- •Selain air sejuk, rendaman salad juga boleh digunakan air suhu bilik dan dimasukkan dalam peti sejuk. Bila kita rendam, salad akan lebih kembang dan rangup
- •Untuk memeriksa ayam sudah masak atau tidak, cucuk dan potong sedikit ayam tersebut samada mentah ataupun tidak. Jika sudah masak, isi ayam akan kelihatan putih sahaja.
- •Jika mahukan roti tortilla yang rangup dan sedikit goreng, boleh dipanaskan lama sedikit. Namun, jika mahu mengekalkan tekstur roti tortilla yang lembut, hanya panaskan sekejap sahaja.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!
Diterbitkan pada 29 Disember 2025

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Diterbitkan pada 14 Mei 2025

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.
Diterbitkan pada 14 Mei 2025

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.
Diterbitkan pada 14 Mac 2025

Cucur Udang Bulat
Cucur Udang yang rangup di luar dan lembut di dalam, lengkap dengan kuah kacang yang mudah disediakan. Resepi ini sesuai dihidangkan bersama tauhu goreng, timun dan telur rebus, termasuk untuk tetamu kerana cucur yang lembut dan tahan lama.
Diterbitkan pada 26 Jun 2024

Kerepek Gunting Pedas
Resepi Kerepek Gunting yang rangup, pedas dan berempah, sesuai dinikmati ketika musim perayaan. Walaupun bahan-bahannya mudah didapati, cara penyediaannya agak rumit dan perlu diberi perhatian.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.