French Toast

Resepi mudah French Toast untuk sarapan pagi. Saya selalu sediakan French toast untuk sarapan jika inginkan sesuatu yang mudah untuk dimasak pada waktu pagi.

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti Gardenia
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar susu full cream
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Butter secukupnya
  • 1/4 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan susu, garam dan bawang. Kacau sebati.
  2. Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick. Masukkan 1 sudu kecil butter.
  3. Celup kedua belah bahagian roti di dalam adunan telur. Kautkan bawang dan letakkan dia atas bahagian yang hendak di goreng. Cepat-cepat telangkupkan ke atas kuali. Apabila bahagian bawah masak, kautkan bawang ke bahagian atas dan cepat-cepat terbalikkan.
  4. Masak sehingga garing keperangan.
  5. Angkat dan hidang.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.