ResepiCheNom
Sandwich Telur Hancur

Resepi Sandwich Telur Hancur

Prep 20 minMasak 10 minJumlah 30 min

Sandwich telur versi scrambled eggs yang sangat senang dan cepat disediakan. Dipadankan hirisan salad dan tomato, sangat sesuai untuk dibawa ke picnic atau dibuat berniaga.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 12 keping roti12 keping roti
  • 6 biji telur6 biji telur
  • 4 sb susu full cream4 sb susu full cream61g
  • 2 sb mentega2 sb mentega28g
  • 3-4 sb mayonis3-4 sb mayonis
  • 1/2 sk serbuk lada hitam1/2 sk serbuk lada hitam1g
  • 1/4 sk serbuk lada putih1/4 sk serbuk lada putih1g
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1 sb perahan jus limau atau lemon1 sb perahan jus limau atau lemon15g
  • Daun saladDaun salad
  • TomatoTomato
  • Majerin, untuk sapuan rotiMajerin, untuk sapuan roti
  • Kotak 12x12x2 inciKotak 12x12x2 inci
  • Paper doillies 4.5 inciPaper doillies 4.5 inci

Cara Buat Sandwich Telur Hancur

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Trim tepi roti dan simpan dulu dalam bekas tertutup (nak elak roti kering).
  2. 2
    Pecahkan telur dan masukkan susu full cream. Pukul sebati.
  3. 3
    Panaskan kuali, cairkan butter (atau majerin) dan masukkan telur. Masak atas api perlahan.
  4. 4
    Dah nampak telur keras sikit, boleh kacau kerap sikit sambil hancur-hancurkan telur.
  5. 5
    Bila telur dah masak, boleh angkat kemudian gaul dengan mayonis, serbuk black pepper, lada sulah, garam dan jus limau nipis.
  6. 6
    Hiris nipis tomato.
  7. 7
    Keringkan salad dengan salad spinner.
  8. 8
    Sapu butter pada roti dan sudukan inti telur.
  9. 9
    Layerkan dengan hirisan tomato dan salad
  10. 10
    Tutup dengan roti dan potong kepada 4 bahagian.
  11. 11
    Lapis dengan doilies paper dan susun dalam kotak.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
4 sb susu full cream bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 61g (cawan US 240ml).
2 sb mentega bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 28g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk salad yang segar, rendam salad ni dalam air sejuk dari peti ais anggaran ½ jam. Kalau tak cukup air sejuk, rendam dalam air paip kemudian tutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila dah segar dan crunchy baru toskan air.
  • Kalau takut ada telur busuk rosakkan yang lain, pecah asing satu-satu baru campur.
  • Boleh tambah chicken slice kalau nak lebih fancy.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Nak elak roti terbang masa potong, boleh terbalikkan, sapuan telur duduk dekat atas. Ataupun susun salad dulu baru telur.
Video
Pengenalan

Kali ni jom kita buat resepi simple je awak ha iaitu sandwich telur versi scrambled eggs, nak pegi picnic ke jamuan ke sesuai sangat dan senang sebab kitab oleh prep awal-awal. Ha kita masak, siapkan, susun dan simpan dalam peti sejuk sehari sebelum.

Kalau yang biasa tu sandwich guna telur rebus, kali ni Che Nom share cara buat scrambled eggs dan hancurkan jadi inti sandwich telur yang sedap, lembut dan creamy. Lepas tu kita sapu pada roti dan susun lah dengan salad dan tomato.

Resepi ni guna 12 keping roti, cukup untuk hasilkan 24 potongan sandwich, disusun molek dalam kotak saiz 12x12 inci, sesuai untuk dibuat berniaga. Siapa nak cari duit poket tu bolehlah cuba, modal pon tak mahal sangat.

Diterbitkan pada 5 Ogos 202413.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru