
Daging Goreng ala Thai
Jom tengok Che Nom share resepi masakan daging yang simple tapi rasa tu uii sedap kalau makan panas-panas. Nama menu ni ialah daging goreng ala Thai. Kalau cakap pasal masakan Thai mesti ada banyak elemen rasa terutamanya manis, masam dan pedas. Penggunaan daun ketumbar tu buatkan bau daging goreng Thai ni lebih wangi.
Dari segi texture pulak kita ada tambah satu bahan rasa krup krap tu bila makan. Lauk ni mamang terbaik sangat kalau kita makan dengan nasi panas. Daging pon lembut, cukup semua rasa. Sekali sekali boleh cuka masakan yang berbeza sikit kan.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 sb biji ketumbar
- 500g daging
- 1/2 sb biji lada hitam
- 1-2 sb majerin/mentega
- 2 sb sos ikan
- 2 sb gula perang
- ATAU gula kabung thai
- 2 sb air asam jawa
- 2 sb sos tiram
- 3-4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 sb beras sangai
- 2 sb serbuk cili kasar
- 1-2 sb jus limau nipis
- Daun ketumbar
- 1Limau perah ambil jus.
- 2Potong kasar daun ketumbar, (akar simpan untuk masak nanti).
- 3Cincang kasar bawang putih.
- 4Hiris nipis bawang merah kecil.
- 5Asam jawa rendam dengan air panas dan ramas.
- 6Basuh beras dan sangai sampai perang dan keluar bau terbakar. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
- 7Sangai biji ketumbar dan biji lada hitam atas api kecil sampai naik bau rempah. Tuang dalam lesung batu dan tumbuk halus.
- 8Bancuh (sos perapan) sos ikan, gula perang, air asam jawa dan sos tiram.
- 9Daging potong nipis dan perap dengan rempah tumbuk dan 1 sb sos perapan (simpan baki sos untuk masak nanti) selama 15-30 minit.
- 10Panaskan majerin (atau minyak), dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
- 11Masukkan akar ketumbar dan daging perap. Masak sampai air kering dan daging lembut.
- 12Tabur cili flakes, baki sos perapan, sedikit air dan garam. Kacau sampai bahan sebati.
- 13Tuang masuk beras sangai, hirisan bawang merah, jus limau dan daun ketumbar.
- 14Bila bawang dah layu tutup api dan tabur dengan chili flakes dan daun ketumbar untuk hiasan.
- •Potong daging arah berlawanan urat, barulah daging tak liat.
- •Kalau guna daging keras, boleh rebus dulu sampai lembut.
- •Masak goreng, kalau air dah kering tapi daging masih liat, boleh tambah air dan sambung masak sampai lembut.
- •Masuk jus limau sikit-sikit dulu, adjust kalau kurang masam.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.
Diterbitkan pada 8 Jun 2025

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!
Diterbitkan pada 8 Jun 2025

Daging Masak Hitam Kenduri: Resepi Warisan Pekat & Lazat
Daging Masak Hitam kenduri, pekat, berempah, dan sangat menyelerakan.
Diterbitkan pada 15 Februari 2025

Daging Masak Hitam Berempah
Daging Masak Hitam berempah sedap sangat kalau makan bersama nasi tomato atau nasi minyak, dipadankan pulak dengan jelatah timun memang wajib cuba.
Diterbitkan pada 15 Januari 2025

Daging Black Pepper
Daging masak black pepper, resepi mudah dan confirm habis makan sepinggan. Kalau ada daging bahagian subprime cut macam batang pinang memang sesuai sangat untuk masakan stir fry macam ni.
Diterbitkan pada 12 Julai 2024

Daging Goreng Kunyit
Daging Goreng Kunyit masakan yang mudah dan sesuai untuk orang bujang. Che Nom ada share satu tips cara restoran cina untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy.
Diterbitkan pada 3 Julai 2024
Resepi Terbaru

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.
Artikel Terbaru

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...