
Cucur Bilis Jagung
Jom tengok Che Nom sediakan cucur bilis jagung yang lembut dan rangup dan meriah dengan pelbagai jenis bahan.
Resepi kali ni memang special kerana Che Nom telah dijemput untuk melawat Kebun Komuniti KK3 Precint 9, Putrajaya. Ada sedikit sayuran hasil kebun yang dipetik oleh Che Nom Ada 2 bahagian, mula-mula kita buat bancuhan cucur bilis jagung menggunakan sayur kuchai yang dipetik dari kebun. Bahagian ke 2, Che Nom akan sediakan sos cili yang juga dimasak dengan hasil kebun untuk diciciah bersama cucur yang rangup. Memang padanan yang cukup sesuai.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 tongkol jagung
- 1 ikat daun kucai
- 2 tangkai cili merah
- 1 biji bawang besar
- 1/2 cawan ikan bilis
- 5-6 senduk tepung gandum
- 1 sk garam
- 1 sb gula
- Air sejuk
- Sedikit kunyit hidup
- 4 biji limau kasturi
- 5 tangkai cili padi
- 3 tangkai cili merah besar
- 3-4 sb gula
- 1 cwn air
- 1 batang serai
- 2 sb sos ikan
- Sedikit garam
- 2 sb tepung jagung
- Sedikit air
- 1Sayur kucai bersihkan dan potong anggaran 1 inci panjang.
- 2Cili merah buang biji dan hiris nipis, kalau nak cincang kasar pon boleh.
- 3Bawang besar, hiris dadu.
- 4Jagung buang kulit dan rambut-rambut tu. Kemudian potong ambil isi.
- 5Gaul sebati isi jagung, daun kucai, cili merah, bawang besar, ikan bilis dan tepung gandum.
- 6Perasakan dengan garam dan gula.
- 7Tuang air sejuk sikit-sikit dan kacau. Adjust air dengan tepung untuk dapatkan kepekatan yang sesuai. Bancuhan tepung cukup sekadar nak salut sayur-sayuran dan jagung, jangan banyak sangat.
- 8Parut masuk kunyit hidup dalam adunan.
- 9Gaul sebati dan simpan dalam peti sejuk dulu anggaran 15-20 minit.
- 10Panaskan minyak dan keluarkan adunan cucur jagung dari peti sejuk.
- 11Bila minyak dah betul-betul panas boleh la sudukan adunan dan goreng.
- 12Bila garing sebelah bawah boleh terbalikkan cucur.
- 13Bila cucur dah mula perang, dah keras sikit bahagian luar, leraikan yang melekat dan boleh kacau-kacau goreng sampai garing.
- 14Bila cucur dah garing, boleh angkat dan toskan.
- 1Potong sikit kulit limau kasturi dan perah ambil jus.
- 2Serai buang kulit yang keras dan ketuk sampai pecah.
- 3Cili padi merah dan cili merah besar, buang tangkai dan potong kasar.
- 4Masukkan cili padi, cili merah, gula dan air dalam blender. Kemudian kisar kasar.
- 5Tuang masuk dalam periuk. Masukkan serai, garam dan sos ikan (pilihan).
- 6Masak sampai mendidih.
- 7Untuk pekatkan kuah, bancuh air dengan tepung jagung, tuang masuk dalam periuk dan masak sampai mendidih.
- 8Akhir sekali masukkan jus limau kasturi.
- 9Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.
- •Salah satu petua untuk dapatkan cucur goreng yang rangup, masa bancuh kita guna air sejuk dari peti ais.
- •Kalau nak kuah pencicah lebih pekat, tambah lagi bancuhan tepung jagung. Tapi kalau sejuk nnti kuah ni jadi lebih pekat.
- •Mula- mula goreng cucur jagung, jangan letak banyak sangat sebab adunan sejuk, nanti suhu minyak cepat turun. Tak garing nanti.
- •Masa nak angkat cucur, api jangan perlahan sangat, kuatkan sikit, kacau-kacau dan terus angkat. Cara ni boleh kurangkan serapan minyak pada cucur tu.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Cucur Jagung
undefined...
Diterbitkan pada 14 Julai 2018

Bingka ubi kayu
Dalam resepi Bingka ubi ni Che Nom ada share tips nak pilih ubi kayu yang fresh dan cara sediakan adunan anti gagal.
Diterbitkan pada 7 Januari 2025

Apam Pisang Kukus
Texture apam ni sangat lembut, gebu dan manis berlemak secukup rasa. Bahan-bahan cukup mudah dan yang penting kena ada pisang masak ranum baru sedap.
Diterbitkan pada 26 Jun 2024

Kuih Cara Berlauk
Cara membuat Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi Melayu yang mungkin ramai belum pernah cuba. Inti daging dimasak dengan rempah dan adunan kuih cara disediakan menggunakan blender.
Diterbitkan pada 25 April 2024

Apam Nasi Pandan
Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Cempedak goreng
undefined...
Diterbitkan pada 10 Disember 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.