
Cempedak goreng
Kali ni Che Nom nak sharebuat cempedak goreng , atau org utara panggil cucoq cempedak. Resepi salutan tepung rangup kali ni sangat mudah. Kebayakan org yang berniaga, memang guna resepi lebih kurang mcm ni.
Kita Cuma guna 1 jenis campuran tepung dan tak perlu pun tambah telur, tapi hasil gorengan nya cukup rangup dan sedap.
Pada yg baru mula nak belajar, Che Nom share juga tips-tips penting semasa menggoreng tu untuk dapat hasil yang bersalut sekata, rangup, dan tak serap minyak.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cwn tepung beras
- 1 sb majerin
- 1/2 sk serbuk kunyit
- 1/2-1 sk garam
- 1 sk gula
- 1 sb air kapur
- 1 cwn air sejuk
- 1/4 cwn air sejuk (tambah sikit-sikit)
- 1Bancuh kapur makan dengan sedikit air.
- 2Cairkan majerin .
- 3Masuk tepung beras dalam mangkuk dan tuang majerin cair, garam, gula, serbuk kunyit dan air sejuk. Kacau sebati.
- 4Masukkan air kapur makan dan gaul sampai hilang ketul-ketul tepung.
- 5Panaskan minyak.
- 6Celup cempedak dalam adunan tepung dan goreng.
- 7Bila dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.
- •Sebelum kupas cempedak, gris minyak pada papan potong dan tangan untuk elak getah melekat.
- •Kapur makan fungi nak bagi rangup la cucur nanti.
- •Minyak kena banyak, agak-agak tengelam, kalau sikit sangat nanti hasil gorengan tak melekat elok.
- •Jangan rendam cempedak lama-lama dalam adunan tepung, nanti isi cempedak jadi lembik, nak dekat nak goreng baru kita celup.
- •Minyak kena maintain panas, biar berdesir bunyi masa goreng tu, kalau kurang panas nanti tepung tertanggal dan kurang rangup.
- •Masa goreng jangan isi penuh-penuh, kalau penuh nanti suhu akan drop.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






