Resepi Kuih Peneram Rangup Luar Lembut Dalam
Kuih peneram 3 bahan yang rangup di luar, lembut di dalam macam beli pasar malam. Che Nom kongsi cara uli doh dan teknik goreng supaya jadi cantik walau first time buat.

Bahan-bahan
Bahan
- 250g tepung beras
- 200g serbuk gula merah Thai
- 170ml / 2/3 cawan air
- 1 helai daun pandan
Cara Buat Kuih Peneram
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Kuih Peneram
- 1Masuk gula merah dan air dalam periuk. Bukak api perlahan dan kacau sampai gula larut. Boleh koyak masuk daun pandan jika suka.
- 2Bila dah start mendidih, kuatkan sikit api dan kacau anggaran 15-20 saat dan kemudian tutup api.
- 3Masuk tepung beras dalam mangkuk besar kemudian tuang masuk air gula merah (sambil tapis) dan gaul sebati (masuk sedikit demi sedikit).
- 4Kacau sampai adunan jadi pes yang pekat bertali. Boleh tambah air panas kalau adunan masih keras.
- 5Rehatkan doh sampai suam sikit dan sambung uli dengan tangan.
- 6Tutup dan perap adunan minimum 6 jam dalam suhu bilik.
- 7Uli sikit doh sampai lembut balik. Kalau merekah boleh tambah sikit air panas.
- 8Canai sampai leper.
- 9Terap adunan dengan acuan berbentuk bulat, lebar anggaran 3 inci atau 3 jari (Che Nom guna acuan tart & acuan lompang).
- 10Lubang di tengah boleh cucuk dengan chopstick.
- 11Satu lagi cara, boleh uli doh sebesar guli dan tekan dengan tangan.
- 12Panaskan minyak dan goreng kuih peneram.
- 13Bila dah perang alih dan kemudian cepat-cepat angkat.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 18 biji
- Kalori
- 120 kcal
- Protein
- 1 g
- Karbohidrat
- 21.5 g
- Lemak
- 3.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 10.5 g
- Natrium:
- 10 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Minyak menggoreng tidak disenaraikan; serapan dianggar 10% daripada berat adunan.
- Gula merah Thai 200 g adalah punca utama gula dan kalori.
- Sukatan gram dalam resepi digunakan terus.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 250g tepung beras bersamaan berapa cawan?
- ± 1 ½ cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
- 200g serbuk gula merah Thai bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Boleh guna gula merah gelap (timbang kedai) tapi Che Nom lagi suka gula merah Thai (Jaggery powder) cap star. Takut yang timbang berbeza rasa dan kualiti.
- Tepung beras Che Nom guna Cap Teratai, yang ni ada campuran tepung jagung. Kalau nak pure boleh guna tepung beras Cap Tiga Gajah Thai.
- Jaga-jaga bila masak air gula, gula senang hangus dekat bahagian tepi -tepi periuk.
- Salut tangan dengan minyak sebelum nak uli untuk mengelak doh melekat dekat tanggan.
- Tuang minyak yang banyak (di tempat untuk uli) sebelum mula menguli. Boleh jugak alas dengan plastic atau gula roller plastic.
- Seeloknya canai doh atas plastik, nanti nak angkat goreng senang.
- Minyak untuk goreng kena banyak dan kuih tenggelam, kalau sikit nanti kuih cepat hangus.
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum goreng.
- Jangan goreng terlalu lama. Kalau goreng sampai gelap nanti kuih akan mengeras bila sejuk. Masa angkat memang nampak macam lembik tapi tapi bila dah sejuk, boleh buat baling dinding.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom buat kuih yang biasa kita panggil Peneram atau kuih denderam. Kalau pergi pasar malam memang Che Nom mesti beli punya. Makan panas-panas waktu masih rangup lagi tu sedap betul.
Mesti ramai takut nak cuba buat kuih ni kan? Che Nom pun takut juga. Alhamdulillah pertama kali cuba dah menjadi, tapi tak lah perfect. Kena cuba banyak kali batu kita tau peel dia tu macam mana. Resepi mudah yang amat, cuma 3 bahan. Tapi cara membuat doh dan cara goreng nya tu pun sangat penting.
Che Nom akan kongsi segala tips sesuai untuk BBNU, hasil pengalaman sendiri semasa cuba beberapa minggu yang lepas. Hasilnya, kuih rangup di luar dan lembut di dalam. Makan panas-panas memang rangup. Bila dah sejuk jadi lembut tapi masih ada rangup nya tu.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









