
Burger Ramly Special Double
Burger Ramly Special menu yang tak asing lagi dengan rakyat Malaysia, video sempena hari kemerdekaan Malaysia yg ke 65. Team Che Nom dapat idea nak buat burger ni selepas kami tonton satu video di YotTube channel Steve Owens. Sangat menarik bagaimana mana seorang bangsa asing tercari-cari burger Ramly di Kuala Lumpur dan cuba makan di gerai tersebut. Dari situ, baru Che Nom sedar yang burger jenama Ramly sangat sinonim dengan rakyat Malaysia, dari semua bangsa dan org luar pun boleh tau.
Walaupun burger ni asal nya makanan barat, tapi cara burger Ramly dimasak di gerai-gerai jalanan sejak tahun 80an sampai lah sekarang memang sangat unik, sangat local dan tersendiri.
Terima kasih kepada pengasas jenama Ramly iaitu Dato Haji Ramly & isteri kerana telah cipta produk yang membanggakan rakyat Malaysia dan tetap masih hebat sampai sekarang.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- Roti burger
- Bawang holland
- Timun
- Daun salad
- Marjerin
- Sos Worcestershire
- Sos perasa Maggi
- 2 keping daging burger lembu Ramly
- 1 telur
- Serbuk lada sulah
- 1 keping keju Cheddar
- 1 senduk sos lada hitam
- 2 senduk air
- Sos keju segera
- Mayonis
- Sos cili
- 1Hiris nipis bawang holland, timun potong halus (atau parut) dan daun salad potong kasar.
- 2Masak serbuk sos keju segera dengan sedikit air sehingga mendidih dan pekat. Sejukkan dan masukkan dalam botol.
- 3Cairkan sos black pepper dengan air. Masak sos sampai mendidih dan ketepikan.
- 1Letak sedikit marjerin dan masak daging burger sehingga garing.
- 2Letak sedikit Sos Worcestershire atau Sos Seasoning Maggi atas daging burger. Kerap alih dan kemudian angkat.
- 3Sapu roti burger dengan marjerin dan bakar roti sampai garing sebelah bawah.
- 4Pukul telur dan goreng atas api perlahan. Ratakan telur sehingga nipis, tabur lada sulah dan tutup api.
- 5Celup daging burger dalam sos black pepper dan letak atas telur. Letak jugak cheddar cheese, sos cheese, satu lagi daging dan bungkus dengan telur.
- 6Letak salad atas roti, bawang, sos cili, bungkusan daging double, mayonis, sos cili, timun dan tutup dengan roti.
- •Untuk salad Che Nom rendam dalam air ais kejap, nanti salad akan jadi lebih segar dan crunchy. Untuk lebih sedap boleh ganti salad iceberg.
- •Kena guna api perlahan untuk goreng telur dan ratakan telur dengan cepat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






