Blueberry Jam Muffin

Blueberry Jam Muffin, senang dan sedap.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung (plain flour atau all-purpose flour)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • Jem blueberry secukupnya
  • Gula perang secukupnya, untuk ditabur

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius
  2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan minyak sayur. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan kering di dalam mangkuk dan kacau sebati.
  4. Menggunakan kaedah selang seli, sudukan adunan ke dalam acuan muffin 1/2 penuh, kemudian masukkan 1 sudu jem blueberry di atas adunan dan tuang lagi adunan supaya menjadi 3/4 penuh. Hiaskan dengan taburan gula perang dan bakar selama 20 minit atau sehunga masak sepenuhnya

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.