ResepiCheNom
Muffin Pisang Gebu

Resepi Muffin Pisang Gebu

Prep 10 minMasak 20 minJumlah 30 minHidangan 12 biji

Muffin pisang ni memang gebu, lembut dan wangi, sesuai untuk sarapan atau minum petang. Ada pisang lebih di dapur, jom buat yang mudah tapi hasilnya padu.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 3/4 cawan gula3/4 cawan gula150g
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung (tepung plain flour atau tepung gandum)1 1/2 cawan tepung (tepung plain flour atau tepung gandum)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik1 sudu kecil serbuk penaik4g
  • 1/4 sudu kecil baking soda1/4 sudu kecil baking soda1g
  • 3 biji pisang besar, dilenyek3 biji pisang besar, dilenyek
  • 1/3 cawan mentega, cairkan1/3 cawan mentega, cairkan76g
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g
  • 1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil esen vanila5g

Cara Buat Muffin Pisang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 175 darjah celsius
  2. 2
    Ayak tepung, baking soda, serbuk penaik dan garam
  3. 3
    Dalam mangkuk besar, satukan telur, gula, esen vanila, pisang dan mentega yang telah dicairkan.
  4. 4
    Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati.
  5. 5
    Kaut adunan ke dalam acuan muffin menggunakan sudu atau scoop ais krim.
  6. 6
    Bakar selama 15-20 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
3/4 cawan gula bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
1 sudu kecil serbuk penaik bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 4g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk pastikan muffin sudah masak, cucukkan lidi atau bilah pencungkil gigi ke dalam muffin dan apabila ditarik keluar, bilah tetap bersih dan kering.
Video
Pengenalan

Resepi muffin pisang yang sangat gebu, lembut dan enak. Sesuai disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Jika terdapat lebihan pisang di dapur anda, jangan bazirkan. Satu cara yang mudah untuk memperolehi hasil yang sangat memuaskan. Selamat mencuba.

Diterbitkan pada 18 Mei 201611.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru