ResepiCheNom
Muffin Blueberry Gebu

Resepi Muffin Blueberry Gebu

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 12 biji

Muffin Blueberry Gebu guna fresh blueberry, ikut kaedah cupcake jadi hasilnya lembut, moist dan naik cantik. Tabur gula perang atas bagi rangup karamel, memang sedap.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung gandum2 cawan tepung gandum250g
  • 2 sudu kecil baking powder2 sudu kecil baking powder8g
  • 3/4 sudu kecil garam3/4 sudu kecil garam5g
  • 1/2 cawan mentega (115 g)1/2 cawan mentega (115 g)lebih tepat dalam gram
  • 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis)1 cawan gula kastor (boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis)200g
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu full cream1/2 cawan susu full cream123g
  • 1 cawan fresh blueberry1 cawan fresh blueberry148g
  • gula perang secukupnya, untuk taburangula perang secukupnya, untuk taburan

Cara Buat Muffin Blueberry

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 170°C. Susun cawan kertas di dalam tin muffin.
  2. 2
    Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam.
  3. 3
    Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor sehingga warna menjadi pucat putih. Tambah telur sebiji demi sebiji, diikuti dengan esen vanilla dan putar lagi sehingga kembang.
  4. 4
    Sambil putar perlahan-lahan, masukkan bahan ayak sedikit kemudian diselangi pula dengan susu full cream. Ulang sampai habis.
  5. 5
    Masukkan fresh blueberry dan kacau sekata dengan spatula (menggunakan tangan). Ini supaya fresh blueberry tidak pecah semasa proses mengacau.
  6. 6
    Gunakan scoop ice cream atau sudu, kaut adunan ke dalam cawan kertas dan isi 3/4 penuh. Tabur gula perang di atasnya.
  7. 7
    Bakar selama 25-30 minit. Sila rujuk bahagian Tips.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
2 sudu kecil baking powder bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 8g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Gunakan bilah lidi untuk cucuk di tengah muffin. Jika lidi bersih ketika ditarik keluar, itu bermakna muffin sudah masak sepenuhnya. Jika masih basah melekat teruskan bakar selama beberapa minit lagi.
Pengenalan

Resepi Muffin Blueberry Gebu yang menggunakan fresh blueberry sebagai bahan utama. Apa yang menarik tentang muffin ini ialah cara pembuatannya yang sama dengan kaedah cup cake dan menghasilkan muffin yang sangat gebu, moist dan lembut.

Taburan gula perang di atas pula memberikan tekstur yang rangup dan rasanya amat sedap kerana gula perang di permukaannya sudah menjadi karamel semasa proses membakar. Che Nom sangat recommend anda cuba resipi ini. Pasti menjadi dan sedap!

Diterbitkan pada 22 Mac 20185.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru