ResepiCheNom
Muffin Coklat Chip

Resepi Muffin Coklat Chip

Prep 15 minMasak 25 minJumlah 40 minHidangan 12 biji

Muffin coklat chip yang gebu, sedap dan mudah dibuat, memang kegemaran seisi keluarga. Letak semi-sweet coklat chip banyak-banyak, anak-anak mesti suka.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung(plain flour)2 cawan tepung(plain flour)250g
  • 1/2 cawan gula kastor1/2 cawan gula kastor100g
  • 3 sudu teh baking powder3 sudu teh baking powder12g
  • 1/2 sudu teh garam1/2 sudu teh garam3g
  • 1 cawan susu dutch lady full cream1 cawan susu dutch lady full cream245g
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak sayur1/2 cawan minyak sayur109g
  • 3/4 cawan coklat cip(semi sweet)3/4 cawan coklat cip(semi sweet)128g
  • 2 sudu kecil essence vanilla2 sudu kecil essence vanilla

Cara Buat Muffin Coklat Chip

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven kepada 200 darjah Celsius
  2. 2
    Dalam Mangkuk satukan tepung gula baking powder coklat cip dan garam, kacau rata
  3. 3
    Dalam mangkuk berasingan satukan susu, minyak, telur dan essence vanilla. Tuang kedalam mangkuk bahan kering sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati. Adunan akan menjadi sedikit pekat dan berketul-ketul.
  4. 4
    Isikan adunan kedalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung(plain flour) bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
1/2 cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 100g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Muffin boleh dipastikan masak sepenuhnya apabila dicucuk kedalam muffin menggunakan bilah pencungkil gigi(toothpick), apabila di tarik bilah keluar dengan bersih(tidak melekat).
Video
Pengenalan

Resepi Muffin Coklat Cip ,sedap dan mudah, kegemaran keluarga.

Resepi Muffin ini diletakkan semi sweet coklat chip, pasti menjadi kegemaran anak-anak

Diterbitkan pada 21 Ogos 20138.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru