ResepiCheNom
Muffin Vanilla

Resepi Muffin Vanilla

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 12 biji

Muffin Vanilla ni lembab dan gebu, rasa klasik yang sedap macam ala Kenny Rogers. Resepi mudah, cepat siap dan confirm jadi untuk minum petang.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)250g
  • 3/4 cawan gula castor3/4 cawan gula castor150g
  • 1 sudu kecil baking powder1 sudu kecil baking powder4g
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady1 cawan susu, full cream Dutch Lady245g
  • 1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan butter, cairkan1/2 cawan butter, cairkan114g
  • hirisan kacang badam, untuk hiasanhirisan kacang badam, untuk hiasan

Cara Buat Muffin Vanilla

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven kepada 180 degree celcius
  2. 2
    Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. 3
    Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
  4. 4
    Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour) bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
3/4 cawan gula castor bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.
Pengenalan

Resepi Muffin Vanilla yang sangat lembab dan mempunyai tekstur yang lembut.

Jika anda menggemari muffin vanilla ala Kenny Rogers, anda harus mencuba resepi ini. Pasti menjadi dan resepinya sangat mudah.

Diterbitkan pada 21 Ogos 20138.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru