Biskut Kacang Mazola

Jom kita buat buat biskut raya iaitu Biskut Mazola atau Biskut Kacang yang klasik. Nak buatnya mudah sahaja.

Kita perlu guna kacang tanah yang disangai dan kisar halus, serta beberapa bahan asas yang lain. Nak mengadun pon cuma gaul guna tangan aja, kemudian dibentukkan dan dihias denga kacang tanah. Rasanya lemak masin, dan manis secukup rasa. Sesuai sangat kalau nak buat berniaga.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 2 cwn 2 cwn / 290g kacang tanah goreng
    • 2 1/2 cwn / 315g tepung gandum
    • 1/2 cwn / 65g gula aising
    • 1 cwn minyak mazola
    • 1/2 sk garam
    • 1/2 cwn kacang tanah (hiasan)
    • 1 biji kuning telur
    • Pewarna oren

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara:
    1. Sangai kacang tanah atas kuali tanpa minyak. Atau boleh jugak kalau nak bakar dalam air fryer atau oven.
    2. Selepas 20-30 minit dan kacang dah masak rangup boleh tutup api dan sejukan.
    3. Masa kacang masih suam-suam, boleh ramas kacang untuk keluarkan kulit. Che Nom buang sikit-sikit je yang mana tinggal tu kisar je.
    4. Sukat 2 cawan kacang tanah dan kisar (jangan terlalu halus atau kasar). Boleh guna serbuk kacang tanah ready-made kalau suka.
    5. Baki 1/2 cawan kacang tanah boleh guna untuk hiasan.
    6. Ayak tepung gandum dan gula aising.
    7. Tambah garam dalam kacang kisar. Biskut Mazola kena ada rasa lemak-lemak masin barula sedap.
    8. Tuang masuk bahan ayak sikit-sikit dan gaul sampai jadi macam serbuk breadcrumb.
    9. Bila dah sebati, boleh tuang masuk minyak Mazola sikit demi sedikit dan sambung uli sampai dapat doh yang lembut dan mudah di bentuk. Che Nom tak guna minyak sampai habis pun, ada lagi baki 1/4 cawan.
    10. Bentukkan biskut kacang Mazola dan susun atas loyang.
    11. Kemudian letak 1/2 biji kacang tanah atas biskut untuk hiasan.
    12. Pecahkan telur dan ambil kuning telur saja. Tambah sedikit pewarna oren dan kacau sebati.
    13. Sapu kuning telur atas biskut. Sapu sikit-sikit je.
    14. Bakar dalam oven suhu 160°C masa 20-25 minit, kalau ada kipas boleh on je.
    15. Kemudian keluarkan dan sejukkan sebelum simpan dalam balang.

Tip:

  • Sebelum kisar kacang tanah, Che Nom akan pilih-pilih kacang yang nak hias dulu baru sukat dan kisar yang lain tu.
  • Kalau nak ganti gula aising dengan gula pasir pon boleh, kisar halus dan kemudian ayak macam biasa.
  • Untuk bentukkan biskut kita boleh sukat doh dengan sudu (measuring spoon), kemudian bentukkan bulat. Cara ni memang senang untuk dapat saiz yang sekata dan tak perlu timbang.
  • Atau satu cara lagi, boleh canai doh tebal anggaran 1 cm dan terap dengan acuan. Boleh buat bentuk macam-macam. Cara terap ni memang cepat.
  • Selepas bentukkan, kita boleh tekan (leperkan biskut) supaya lebih cepat la biskut ni masak, sebab tak terlalu tebal. Kalau bulat sebiji-sebiji takut dalamnya nanti ambil masa la nak masak, takut mentah dalam tu nanti.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.